Penjaga Gol Liverpool, Alisson Becker Menjelaskan Mengapa Anfield Menjadi Pilihan dan Bukannya Chelsea

Alisson Becker amat sedar akan nilai dan taraf Liga Juara-juara.

Liverpool menamatkan musim lalu di tangga keempat dalam Liga Perdana. Banyak perubahan yang dilakukan oleh Klopp sepanjang 3tahun ini dan pada awal musim 2018/2019 Liverpool telah membawa penjaga gawang termahal di dunia, Alisson Becker. (Sebelum Chelsea memecahkan rekod itu).

The Reds menamatkan Liga Perdana musim lalu dengan lima mata di belakang Chelsea- dan apabila kedua-dua kelab itu merebut untuk mendapatkan Alisson pada musim panas, Alisson memutuskan untuk menyertai The Reds.

Faktor yang membuatkan Alisson memilih Liverpool adalah impiannya yang untuk memenangi Liga Juara-Juara.

“Saya memilih Liverpool atas alasan yang sama saya pergi ke Roma ketika saya meninggalkan Brazil, saya fikir ini akan menjadi langkah terbaik untuk karier saya, Chelsea asyik mengubah pengurus mereka dan tidak bermain di Liga Juara-Juara,” kata Alisson kepada FourFourTwo.

“Saya juga mengagumi sejarah Liverpool, iaitu kelab dengan lima Piala Eropah dalam kabinet piala mereka. Saya benar-benar mahu menjadi sebahagian daripada sejarah itu.

“Saya sangat dekat untuk memenangi pertandingan(UCL) dengan Roma dan saya berusaha keras untuk menjadikannya sekarang dengan Liverpool.

Admin: Tidak kira apa pun sebab Alisson memilih Anfield, Liverpool sangatlah berpuas hati dan beruntung dengan kehadirannya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : kooxda/ Echo

Post Author: Wade Wilson