Penyokong Liverpool Bakal Memberikan Tumpuan Terhadap Perlawanan Man United Dan Everton

Pasukan kelompok teratas EPL akan turun beraksi pada hari ini dengan tiga pasukan mahu melebarkan rekod tanpa kalah mereka.

Dua minggu lepas Liverpool melayan kunjungan Cardiff City di Anfield. Ianya perlawanan yang ditunggu oleh peminat Liverpool setelah mengalami jadual yang agak padat sebelum cuti perlawanan antarabangsa pada Oktober.

Hanya memenangi sebahagian perlawanan dengan menentang pasukan yang mengandungi Spurs, Man City, PSG, Chelsea dan Napoli, kemenangan 4 – 1 ke atas Cardiff menyaksikan Liverpool kembali ke takhta liga buat sementara ketika itu.

Dua minggu sudah berlalu tanpa kekalahan oleh Liverpool, mereka di kedudukan ketiga. Ianya bukti bahawa kejuaraan liga musim ini adalah suatu persaingan yang amat ketat.

Masih terlalu awal untuk menentukan siapa yang akan menjuarai kejuaraan Liga Perdana untuk musim 2018 2019.

Liverpool adalah antara 3 pasukan yang belum merasai sebarang kekalahan dalam kempen EPL musim ini bersama sama dua juara liga yang lepas, Man City dan Chelsea. Ia membuktikan Liverpool telah memulakan musim ini dengan baik meskipun menduduki tangga ketiga buat masa sekarang.

The Reds pernah beberapa kali di puncak liga musim ini, namun keputusan seri ke atas Arsenal minggu lepas telah mengakhiri penguasaan Liverpool di puncak liga ketika itu.

Belum lagi mencapai prestasi kemuncak, pertahanan Liverpool merupakan antara yang terkuat musim ini namun perbezaan gol menyaksikan mereka berada di belakang seteru kejuaraan menjelang cuti rehat antarabangsa yang terakhir tahun ini.

Kemenangan Spurs ke atas Crystal Palace malam tadi menyaksikan persaingan liga kembali terbuka dengan kelab itu kembali ke tangga keempat liga untuk berada sebaris dengan Chelsea dan Liverpool.

Hanya Man City sahaja yang berkelebihan 2 mata dan dilihat mahu mempertahankan kejuaraan mereka, meskipun peluang untuk mengulangi rekod perbezaan 19 mata untuk kejuaraan mungkin tidak tercapai musim lagi ini.

11 November 2018 mungkin bakal menyaksikan haluan untuk kejuaraan dan Top 4 bakal berubah lagi kali ini.

Dan hari ini juga bakal menyaksikan penyokong Liverpool memberikan tumpuan dengan seteru utama mereka untuk kekal berada di kelompok atasan.

Liverpool bakal melayani kunjungan Fulham pada jam 8.00 malam, sebelum Chelsea menentang Everton pada 10.15 malam. Manakala Man City akan menentang Man United pada 12.30 tengahmalam serentak dengan perlawanan Arsenal menentang Wolves. Kedudukan pasukan di takhta liga boleh berubah 3 kali dalam satu hari sahaja.

Liverpool mungkin akan menduduki tangga teratas liga buat sementara jika menewaskan Fulham pada awalnya, namun boleh dipintas Chelsea beberapa jam berikutnya kerana kelebihan jaringan oleh The Blues. Manakala Man City hanya perlu seri dengan Man United untuk kekal di tangga teratas liga sebelum cuti perlawanan antarabangsa.

Liverpool belum pernah lagi tumpas kepada pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Perdana sejak 2003. Fulham ketika ini bergelut dengan prestasi dan menduduki tangga terbawah EPL dan Klopp berharap pasukan beliau mampu mencatatkan kemenangan ke atas kelab itu.

Ketika ini pertahanan Fulham agak longgar dengan dibolosi 29 kali musim ini, dan hanya berjaya meraih 1 mata dari kesemua perlawanan di gelanggang lawan. Mereka juga telah tumpas 6 kali berturut turut ketika ini.

Klopp tidak akan memandang rendah akan keupayaan pasukan di bawah bimbingan Slavisa Jokanovic, namun mereka mampu menekan pencabar terdekat mereka secara berterusan jika mencatatkan kemenangan pada hari ini.

Dan sekiranya Liverpool mampu untuk mencatatkan kemenangan ke atas Fulham, tumpuan peminat Liverpool pastinya terarah kepada perlawanan melibatkan Everton dan Man United dengan mengharapkan kemenangan kedua dua pasukan itu.

Stamford Bridge bukanlah tempat yang selesa buat Everton, dengan kali terakhir kelab itu mencatatkan kemenangan di sana adalah pada 1994.

Namun berbekalkan 4 kemenangan dari 5 perlawanan terakhir, Marco Silva berharap ianya cukup untuk mengecewakan Chelsea di bawah bimbingan Maurizio Sarri.

Manakala Man United akan berkunjung ke Etihad Stadium dengan keyakinan tinggi, lebih lebih lagi setelah menewaskan Juventus di gelanggang lawan pada Rabu lepas.

Skuad Jose Mourinho sebelum ini pernah menafikan kemenangan Man City di Etihad, meskipun ketinggalan 2 – 0 pada awalnya untuk mencatatkan kemenangan 3 – 2 untuk menghentikan sementara pemburuan kejuaraan EPL pada musim 2017 2018.

Kegagalan Man City untuk mencatatkan kemenangan malam ini bakal memberikan peluang besar buat skuad Jurgen Klopp untuk mengintai ruang berada di tangga teratas liga.

Chelsea pula akan melayani kunjungan Man City pada awal Disember, dan pastinya Klopp cuba melakukan sesuatu dalam perlawanan tersebut.

Dengan situasi sekarang yang tidak memungkinkan Liverpool bergantung harap kepada pasukan lain untuk memberikan mereka kelebihan, 11 November ini merupakan tarikh di mata hala tuju kejuaraan liga bakal ditentukan.

ADMIN

Hanya satu cara untuk Liverpool meraih sesuatu musim ini, dengan meraih kesemua kemenangan hingga Gameweek 38.

Nampak mudah, tapi sebenarnya sukar. Namun kita harus percaya dengan apa yang Klopp lakukan. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman