Pepe Reina Dinamakan Penjaga Gol Terbaik Dalam Era Liga Perdana Inggeris

Beliau dinilai menerusi peratusan rekod tanpa bolos yang dimilikinya ketika bersama Liverpool.

Kajian daripada Four Four Two Football mendedahkan bahawa daripada 285 perlawanan yang disertai Reina dari 2005 hingga 2013, beliau mencatatkan 134 perlawanan tanpa bolos dengan peratusan 47.02%.

Ini membolehkan Reina meraih gelaran Sarung Tangan Emas Liga Perdana selama 3 musim pertamanya bersama Liverpool namun tidak pernah disenaraikan dalam PFA Team Of The Year.

Statistik ini amat membanggakan buat pemain itu berdasarkan purata kedudukan Liverpool yang berada di kedudukan kelima dan tidak pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris

Beliau merupakan figura yang popular di kalangan peminat dan juga pemain sendiri, walaupun tidak mendapat reputasi yang menunjukkan sebarang indikator pencapaian major kariernya di Liverpool.

Beliau hanya meraih gelaran Piala FA dan juga Piala Liga bersama Liverpool dalam sela masa 6 tahun, namun berjaya meraih 2 gelaran Euro dan 1 gelaran Piala Dunia bersama pasukan kebangsaan Spain meskipun beliau hanya sebagai penjaga gol simpanan di belakang Iker Casillas.

Namun begitu Pepe Reina tampak sukar dibolosi dengan kebijaksanaan Rafa Benitez yang mengukuhkan benteng pertahanan ketika itu dengan catatan 183 perlawanan tanpa bolos sepanjang kariernya bermula 2006 hingga April 2012.

Rekod tanpa bolos beliau mendahului beberapa penjaga gol hebat yang pernah beraksi di EPL seperti Petr Cech (45.68%), Edwin Van Der Sar (42.17%), Peter Schemichel (41.29%) dan David Seaman (40.70%).

Selain daripada Reina, Jerzy Dudek turut mencatatkan rekod membanggakan dengan mencatatkan 49 rekod tanpa bolos dari 127 perlawanan (38.58%)

ADMIN

Reina sekarang berusia 36 tahun, dan bersama AC Milan selaku penjaga gol kedua di belakang Gianluigi Donnaruma.

Dan ianya mungkin memerlukan masa 5 tahun untuk menyaksikan samada penjaga gol utama Brazil dan Liverpool sekarang, Alisson dapat menyaingi rekod tersebut.

Kajian dilakukan oleh Four Four Two.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman