Perasaan Klopp Tentang Perlumbaan Kejuaraan & Pandanganya Mengenai Peminat

Jurgen Klopp: Pengurus Liverpool mengatakan dia ‘tidak pernah’ menikmati perlumbaan gelaran Liga Perdana

Adakah anda dapat menikmati perlumbaan gelaran, Jurgen?

“Tidak pernah.”

Klopp sedang melalui saat yang sangat sukar kerana sedang memimpin Liga Perdana musim ini yang boleh dikatakan adalah persaingan yang sengit sejak beberapa tahun lalu.

Dua puluh sembilan tahun telah berlalu sejak Liverpool memenangi gelaran liga, 29 tahun di mana mereka kebanyakkannya hampir tewas di halangan terakhir.

Di bawah pengurus Jurgen Klopp, penantian itu mungkin akan berakhir, dengan The Reds sedang duduk empat mata di hadapan Manchester City dengan berbaki 15 pertandingan lagi dalam musim ini.

Bagi peminat Liverpool pula, ia sangat mengujakan, namun mendebarkan pada masa yang sama – dan bos Liverpool tidak dapat menggambarkan bagaimana pentingnya perlumbaan ini.

“Ia bukanlah tekanan terbesar di dunia, tetapi ia sengit dan sangat penting dan semuanya dalam masa yang singkat,” kata Klopp kepada editor sukan BBC, Dan Roan.

“Bola sepak bukanlah perkara yang paling penting di dunia, tetapi pada saat-saat ini, sudah tentu ia amat penting kerana kami tidak mempunyai apa-apa lagi yang perlu dilakukan. Ia tidak mudah untuk dinikmati tetapi saya suka apa yang saya lakukan.”

Klopp menggantikan Brendan Rodgers sebagai pengurus Liverpool pada Oktober 2015, dan sejak itu Klopp telah membawa kelab itu ke final Liga Juara-Juara dan Liga Europa, namun pasukannya tewas di peringkat akhir.

Musim ini boleh dikatakan adalah peluang terbaik buat Liverpool. The Reds telah memenangi 19 daripada 23 perlawanan liga mereka sehingga kini dengan hanya 1 kekalahan (kepada Manchester City 3 Januari lalu). Mereka juga layak ke peringkat 16-terakhir Liga Juara-Juara.

Bercakap mengenai peminat Liverpool, Klopp berkata, “Saya tidak bertemu dengan ramai orang, itulah kebenaran; saya di sini atau di rumah atau di Anfield, . Saya akan teruja jika saya adalah penyokong Liverpool, tetapi sudah tentu kami perlu memberi yang terbaik untuk memastikan mereka gembira.

“Ia bukan tentang saya, ia adalah mengenai penyokong, pertama dan paling penting, kerana mereka menanti sebegitu lama, saya tidak boleh mengatakan bahawa saya telah bermimpi 29 tahun untuk mendapatkan satu lagi gelaran untuk Liverpool, sejujurnya.

“Tetapi ramai yang meng-impikannya dan itulah yang kami cuba realisasikan.”

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : BBC/Mirror

Post Author: Wade Wilson