Perbandingan : Liverpool vs Real Madrid

Liverpool berjaya melayakkan diri ke final Liga Juara-juara Eropah buat kali ke-8 dalam sejarah kelab, di mana kita akan bertemu juara bertahan Real Madrid, dalam final yang diibaratkan ulangan 1981 apabila kita menang 1-0.

Namun, kali ini pertemuan ini akan menjadi lebih getir memandangkan Real kini merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini, dengan 3 daripada gelaran tersebut datang dalam tempoh 4 tahun terakhir. Namun, dari segi rekod pertemuan kedua-dua pasukan, bagaimana sebenarnya perbandingan yang boleh dilakukan?

  • Liverpool memenangi 5 daripada 7 perlawanan akhir Liga Juara-juara, menjadikan The Reds kelab Inggeris paling berjaya. Real pula memenangi 12 dan hanya tewas 3 kali di final.
  • Sejak memenangi Piala Jerman bersama Dortmund pada 2012, beliau telah tewas dalam 2 final piala tersebut dalam tahun berikutnya, disusuli dengan kekalahan final Liga Juara-juara 2013 bertemu Bayern Munich, dan 2 lagi kekalahan final bersama Liverpool dalam Piala Liga dan Piala Europa pada 2016. Zinedine Zidane pula memenangi kesemua 6 final yang disertainya bersama Real Madrid, termasuk 2 Liga Juara-juara (2016 & 2017), 2 Piala Super Eropah dan 2 Piala Kelab Dunia FIFA.
  • Liverpool memiliki rekod 3-2 dalam pertemuan ‘head to head’ dengan Real Madrid, termasuk kemenangan pada final 1981 dan peringkat kalah mati 2008-2009, walaupun tewas kedua-dua perlawanan peringkat kumpulan pada 2014-2015.
  • Liverpool telah menjaringkan 40 gol dalam Liga Juara-juara musim ini, berbanding Real (30). Liverpool turut memiliki jumlah percubaan tepat yang lebih tinggi iaitu 47%, dan Real 41%.
  • Cristiano Ronaldo merupakan pendahulu penjaring terbanyak Liga Juara-juara musim ini, namun Liverpool memiliki trio yang mengumpul 29 gol bersama mereka, menjadikan mereka trio penjaring terbanyak dalam satu musim Liga Juara-juara mengatasi Ronaldo, Bale dan Benzema (28 gol) pada 2013-2014.

  • Untuk keseluruhan kejohanan yang disertai musim ini, Salah, Firmino dan Mane telah merekodkan 127 gol dan bantuan gol bersama berbanding 91 gol dan bantuan gol dari Ronaldo, Bale dan Benzema.
  • Untuk Salah, beliau merupakan sebuah sensasi musim ini selepas berpindah dari Roma dengan nilai £34 juta musim panas lalu, dengan peminat mula mengkaitkan pemain tersebut sebagai salah seorang pesaing bagi Ballon d’Or tahun ini. Namun banyak lagi yang perlu dilakukannya untuk menyamai rekod 120 gol dalam Liga Juara-juara yang dimiliki oleh Ronaldo. Salah memiliki ‘goal conversion rate’ lebih baik musim ini berbanding lagenda Portugal itu, dengan 24% berbanding 19% oleh Ronaldo.
  • Menurut kajian yang dilakukan oleh CIES Football Observatory, Salah kini bernilai £148 juta, dan Cristiano Ronaldo pula pada nilai £94 juta. Ini berdasarkan peningkatan drastik dalam persembahan pemain Mesir itu, dan faktor umur Ronaldo yang kini mencecah 33 tahun.
  • Secara perbandingan, nilai semasa pemain Liverpool berdasarkan persembahan sehingga ke peringkat separuh akhir kedua Liga Juara-juara adalah sebanyak £754 juta, manakala Real Madrid pula £641 juta. Bagaimanapun, dari segi koleksi pingat Liga Juara-juara yang pernah dimenangi, para pemain Madrid mengumpul 40 pingat manakala tiada pemain Liverpool yang pernah memenangi kejohanan ini lagi.
  • Bagi pencapaian global dari sudut capaian sosial media, Real Madrid memiliki 108 juta pengikut di Facebook, 58 juta di Instagram dan 31 juta di Twitter. Liverpool pula memiliki 31 juta pengikut di Facebook, dan masing-masing 6.6 juta dan 10 juta di Instagram dan Twitter.

Admin AwanAlonso

Berdasarkan perbandingan di atas, Real Madrid sememangnya diakui sebuah kelab yang berjaya. Liverpool pula memiliki aura penyokong setianya dan semangat Istanbul 2005 yang belum padam. Ayuh The Reds, semoga gelaran ke-6 milik kita tahun ini.

 

 

Post Author: Wan LMreds