Perbandingan Rekod Mkhitaryan Dengan Coutinho Tidak Masuk Akal

Kecoh juga di laman media yang menceritakan tentang prestasi Henrikh Mkhitaryan yang “power” pada musim ini.

Jika bercerita tentang “kepowerannya” sahaja tidaklah Kita “perkesahkan”, sbb ianya normal. Tetapi apabila membuat perbandingan dengan Philippe Coutinho, pemain Liverpool adalah “tidak normal”.

Walaupun ketika ini, Philippe Coutinho digelar “budak jahat”, namun, itu tidak melayakkan dirinya utk tidak dipertahankan selagi crest Liverbird berada di dada.

Sebelum itu, Henrikh Mkhitaryan adalah pemain daripada Armenia, berusia 28 tahun yang datang ke Man Utd pada nilaian 27 hingga 30 juta pounds pada 2016/17.

Sejak perpindahan Mkhitaryan ke Man Utd, pemain telah rekodkan hanya 4 gol dan cipta 1 gol untuk Man Utd.

Pada musim ini, pemain itu telah cipta 4 gol dalam 2 perlawanan dengan baki 36 perlawanan yang mendatang.

Berbanding Philippe Coutinho yang berpindah ke Liverpool pada 2012/13 ketika itu berumur 20 tahun pada harga 8.5 juta pound dari Inter Milan.

Berdasarkan rekodnya setiap tahun adalah seperti berikut:

2012/13 : 3gol & 5 Cipta Gol.
2013/14 : 5 gol & 7 Cipta Gol.
2014/15 : 5 gol & 5 Cipta Gol.
2015/16 : 8 gol & 5 Cipta Gol.
2016/17 : 13 gol & 7 Cipta Gol.

Jumlah keseluruhannya, Countinho telah jaringkan 34 gol dan mencipta 29 gol di Liga Perdana Inggeris sahaja, dengan secara keseluruhannya, Coutinho terlibat dalam 63 gol sepanjang 4 1/2 musim di Liverpool.

Untuk musim ini Coutinho Tidak bermain lagi, Dan dipercayai akan mula diturunkan selepas rehat untuk perlawanan antarabangsa, September nanti.

Jika ingin melakukan perbandingan, Mkhitaryan telahpun memecah rekodkan sendiri.

Bagi nilaian sekitar 4 Kali ganda daripada apa yang dibayar oleh Coutinho, ternyata sumbangan Mkhrtaryan amatlah mendukacitakan.

Rekod musim pertamanya juga tidak dapat menewaskan rekod Coutinho pada Separuh musim 2012/13, dikala Countinho baru tiba di Anfield.

Amat jauh sekali untuk dibandingkan dengan rekod jaringan.Ternyata peminat Man Utd masih melihat kepada pasukan Liverpool yang tidak pernah memenangi Liga Perdana Inggeris sejak 21 tahun sebagai perbandingan.

Pada usia kemuncak, berusia 28 tahun, seharusnya Henrikh akan memberi sumbangan terbesar samada gol atau mencipta gol dengan pasukan.

Ketika ini, Man Utd berada dalam keadaan skuad Terbaik dengan 2 kemenangan, 8 gol Dan Tanpa bolos. Sudah pasti, kemungkinan besar rekod Terbaik “assist” Coutinho mungkin berjaya dipecahkan oleh Mlhtaryan “sepatutnya”.

Namun, Coutinho masih belum bermain Dan masih belum lagi diturunkan musim ini. Musim ini, Coutinho akan lebih diletakkan sebagai “advance playmaker” yang akan membolehkan dirinya untuk berada dalam situasi Cipta gol Dan jaringkan gol lebih besar. Berbanding posisi sebelum ini, berada di sebelah Kiri sayap semata-mata.

Ini masih tidak dikira kepada kombinasi dengan Sadio Mane, Mo Salah Dan False 9 striker Liverpool, rakan karibnya, Roberto Firmino.

Lebih baik, jika dibandingkan dengan rekod Terbaik Mkhirtaryan pada 2015/16 di Dortmund sebelum berpindah ke Man Utd dengan 15 “assist” dan 11 gol. Atau boleh membandingkan dengan rekod terbanyak ciptaan gol dalam Liga Perdana Inggeris moden, iaitu 20 gol “assist” oleh Mesut Ozil.

Atau bolehlah juga diperbandingkan dengan rekod jaringan terbaik Coutinho dengan 13 gol juga.

Amatlah tidak masuk untuk lakukan perbandingan jika dinilai kepada umur, posisi, Dan yuran perpindahan di antara Henrikh dan Coutinho.

Adalah lebih baik jika, Henrikh bertarung dengan “dirinya” sendiri jika ingin bandingkan dengan Coutinho. Atau mungkin boleh bertarung dengan rekod Paul Pogba, pemain kedua termahal dunia dengan rekod 3 “assist” .

“Keseronokan” membandingkan dengan stat Countinho yang masih “muda” lagi, amatlah tidak masuk akal.

 

Related posts