Perkembangan Terkini : Bayern Munich dan Liverpool

Jurgen Klopp optimis bahawa Trent dapat diturunkan awal pagi esok namun Naby Keita tidak menyertai skuad Liverpool ke Germany.

Trent mengalami kecederaan di lewat perlawanan ketika menentang Burnley, namun beliau menyertai skuad ke yang berlepas ke Germany pada hari Selasa.

Menurut Klopp :

“Beliau nampak bagus. Pada mulanya beliau seperti ada masalah kecederaan namun ia bukanlah satu kerisauan”.

Dejan Lovren dan James Milner berlepas bersama dengan skuad Liverpool – dengan pemain pertahanan Croatia itu telah kembali ke bangku simpanan ketika menentang Burnley dan Milner mengalami sedikit kecederaan. Pemain itu akan dipantau sepenuhnya sebelum perlawanan di Germany.

“Lovren berlatih dengan normal sebelum ini dan beliau merupakan pilihan alternatif. Untuk bermain 90 minit juga adalah sesuatu pilihan namun kita akan memantau lagi perkembangan beliau”.

Virgil Van Dijk tidak beraksi dalam perlawanan pusingan pertama di Anfield 3 minggu lepas, dijangka akan diturunkan dalam perlawanan awal pagi esok.

Sementara itu Bayern pula tidak dapat menurunkan Joshua Kimmich dan Thomas Mueller disebabkan penggantungan, manakala Arjen Robben masih mengalami kecederaan betis dan Corentin Tolisso mengalami kecederaan lutut.

David Alaba dan Kingsley Coman tersisih dalam dua perlawanan Bundesliga namun dijangka akan kembali untuk perlawanan awal pagi esok.

Menurut Niko Kovac :

“Dengan situasi Kingsley, saya amat gembira”.

“Semalam kami menjalani latihan. Pemain yang bermain pada hujung minggu lepas mendapat sedikit latihan, Coman menyertai kami dan beliau nampak bersedia untuk perlawanan esok. Kami harus menilai samada beliau diturunkan dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan terlebih dahulu”.

“David Alaba turut menyertai sesi latihan namun tidak menyeluruh. Kami akan menjalani latihan sekali lagi hari ini dan saya rasa beliau akan diturunkan. Beliau cergas secara mental dan fizikal untuk membantu pasukan”.

Rafinha mengisi kekosongan yang ditinggalkan Alaba sebelum ini, dan dijangka beliau akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Kimmich.

ADMIN

Tidak sabar untuk menunggu aksi awal pagi esok. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman