Perkembangan Terkini Kecergasan Hendo, Keita dan Oxlade Chamberlain

Jordan Henderson tersisih dari perlawanan menentang Fulham berikutan kecederaan buku lali yang dialaminya pada pertengahan minggu ini.

Beliau dikeluarkan pada awal perlawanan ketika Liverpool mencatat kemenangan ke atas Bayern Munich, dan Klopp berharap beliau akan kembali cergas selepas rehat perlawanan antarabangsa bersama sama Alex Oxlade Chamberlain.

Naby Keita juga terlepas aksi di Germany pada minggu lepas dan kecergasan beliau turut dipantau oleh kelab menjelang pertemuan ke atas Fulham.

Menurut Klopp :

“Kami telah melakukan pemeriksaan lanjutan terhadap kecederaan Hendo dan ia cukup serius untuk menyisihkan beliau dalam perlawanan hujung minggu ini. Tempoh rehat perlawanan antarabangsa adalah cukup untuk beliau untuk pulih kembali. Terdapat kecederaan kecil pada buku lalinya dari imbasan awal. Ianya tidak cukup bagus namun tidak serius”.

“Naby, kami harus menilai samada beliau mampu menjalani latihan penuh atau tidak. Pemain akan menjalani latihan agak lewat hari ini, namun Naby Keita akan diperiksa terlebih dahulu untuk memastikan beliau benar benar cergas”.

“Untuk Ox, saya belum mendengar apa apa perkembangan terkini tetapi tidaklah terburu buru buat masa sekarang. Sudah pasti beliau tidak bersedia buat masa sekarang, namun selepas perlawanan antarabangsa beliau 100% cergas”.

ADMIN

Dua pemain tersisih untuk perlawanan hujung minggu ini, tetapi Naby Keita harus dinilai terlebih dahulu.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman