Perkembangan Terkini Mengenai James Milner Dan Pemain Pertahanan Liverpool

James Milner mendapat 15 jahitan di kepala ketika perlawanan persahabatan di Dublin.

Dan Jurgen Klopp menjangkakan James Milner akan kembali beraksi dalam perlawanan pertama EPL menentang West Ham pada Ahad ini.

Walaupun pemain itu menerima 15 jahitan di kepala, namun beliau tetap turun untuk menjalani latihan dengan kepala yang berbalut.

Menurut Klopp :

“Beliau akan pulih. Kini beliau berlatih dengan kepala yang berbalut, kesemua pembalut kepala itu berlainan warna dan muat di kepala beliau”.

“Ianya luka yang besar. Namun Milly tidak mengambil kisah sangat perkara itu. Menanduk bola bukanlah kelebihan beliau namun kita perlukan perkara dalam kepala beliau dari semasa ke semasa. Bukan sekadar menanduk”.

“Kami akan menilai terlebih dahulu. Sejurus selepas beliau dirawat beliau memberi amaran kepada saya supaya tidak mengugurkannya pada Ahad ini”.

“Kami belum membuat keputusan. Ianya positif namun saya tidak pasti”.

Klopp juga berharap bahawa Joe Gomez sempat pulih untuk bergandingan di bahagian tengah bersama Virgil Van Dijk.

Dan Klopp juga telah membahagikan masa bermain untuk Alberto Moreno dan Andy Robertson dalam perlawanan pramusim ini.

Moreno telah diberikan lilitan kapten dalam perlawanan persahabatan terakhir menentang Torino namun ianya sukar buat Klopp jika tidak menurunkan Robertson pada Ahad ini.

“Dalam 4 perlawanan terakhir, mereka telah bermain dua perlawanan”.

“Kami mencampuradukkan tekanan dalam perlawanan. Ianya pramusim dan mereka harus bersedia ketika itu”. 

“Alberto menjaringkan gol ketika menentang Napoli dan perlawanan seterusnya beliau masih beraksi baik. Ianya jelas beliau akan mendapat 60 minit permainan dan Robbo akan mendapat kurang daripada itu kerana telah bermain pada perlawanan sebelumnya”.

“Begitulah cara saya memilih kesebelasan utama terbaik. Kedua dua pemain beraksi dengan baik – mereka berdua tahu siapa akan bermain di samping mereka”.

“Saya tidak melupakan apa yang Robbo lakukan musim lepas”.

“Saya bukan naif namun saya enggan berkata mengenainya sekarang”.

ADMIN

Berkemungkinan James Milner akan berada di bangku simpanan dan akan diturunkan dari bangku simpanan juga.

Sumber : James Pearce – Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman