Perkembangan Terkini Mengenai Kecergasan Alex Oxlade Chamberlain

Jurgen Klopp memberikan perkembangan terkini buat kecergasan pemain ini setelah beraksi selama 40 minit bersama skuad bawah 23 tahun Jumaat lepas.

Pemain ini melakukan penampilan buat pertama kali sejak mengalami kecederaan lutut serius sejak April 2018.

Namun ketika perlawanan menentang Derby County bawah 23 Tahun, beliau dikeluarkan 5 minit awal dari tamat separuh masa pertama sebagai langkah berjaga jaga – dan mengesahkan bahawa pemulihan beliau masih berada pada landasan.

Menurut Klopp menerusi Liverpool FC :

“Ianya tidak mengejutkan. Ianya sesuatu yang normal. Apa yang baik adalah lutut beliau tidak mengalami masalah. Itu yang kami risaukan”.

“Perlawanan bolasepak amat berbeza dari latihan bolasepak. Itu sebabnya ada efek pada otot kaki beliau namun kami lebih bijak untuk membawa beliau keluar meskipun perlawanan masih berbaki 5 minit sebelum tamat masa perlawanan. Itu yang sepatutnya dilakukan dan tiada apa apa yang berlaku”.

“Kami selalu berkata yang beliau masih memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya. Mungkin saya juga bersalah kerana terlalu teruja mahu melihat beliau beraksi. Jika tiada sesiapa bertanya mengenai Ox saya tidak akan menjawab, namun jika seseorang bertanya mengenai itu saya akan menjawabnya dengan jujur. Jujurnya beliau juga teruja dapat berlatih semula. Namun ianya melibatkan small sided game, shooting dan lain lain”.

“Dia adalah Ox, kita kenal dia dan menyayanginya. Itu sangat bagus namun kami harus memastikan beliau bersedia untuk bermain di padang lebih besar. Untuk ini, beliau memerlukan masa”.

ADMIN

Cuma langkah berjaga jaga. Bukan sebab cedera balik. Dan benar beliau masih memerlukan masa.

Ni ada terus suruh jual. Hahahaha.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman