Perkembangan Terkini Mengenai Kecergasan Trent, Wijnaldum Dan Henderson

Jurgen Klopp mendapat berita positif menjelang pertembungan ke atas Bournemouth hujung minggu ini.

Trent Alexander Arnold, Gini Wijnaldum dan Jordan Henderson dilaporkan telah menjalani latihan bersama pasukan di saat kelab bakal melayani kunjungan dari skuad Eddie Howe hujung minggu ini.

Trent Alexander Arnold dijangka akan kembali ke posisi bek kanan setelah terlepas tiga perlawanan sebelumnya akibat kecederaan ligamen lutut.

Manakala Jordan Henderson dan Gini Wijnaldum yang mengalami kecederaan ketika sesi latihan sebelum menentang Fulham, dilaporkan telah pulih dan mungkin diturunkan dalam perlawanan menentang Bournemouth.

Ianya satu perkembangan yang melegakan Klopp di mana ketika ini ramai pemain yang mengalami kecederaan. Dejan Lovren, Joe Gomez dan Alex Oxlade Chamberlain dilaporkan masih tersisih.

Man City memintas Liverpool di tangga teratas liga apabila memenangi perlawanan ke atas *Everton semalam.

Tetapi Liverpool berpeluang merampas kembali kedudukan teratas jika mampu mencatatkan kemenangan ke atas Eddie Howe pada esok dengan Man City hanya bermain pada hari Ahad.

ADMIN

Ini satu perkembangan yang baik. Stay tuned untuk sidang media Klopp pada malam ini. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman