Perkembangan Terkini Mengenai Trent, Hendo, Gini, Lovren Dan Gomez

Klopp memaklumkan kecergasan beberapa pemain utama menjelang perlawanan menentang Bournemouth di Anfield hari ini.

Trent Alexander Arnold, Gini Wijnaldum dan Jordan Henderson masing masing telah turun berlatih sejak Khamis, dan akan dinilai semula sebelum membuat keputusan samada mereka diturunkan dalam perlawanan menentang Cherries atau tidak.

Dejan Lovren masih tersisih akibat kecederaan namun dijangka pulih menjelang perlawanan pertama UCL menentang Bayern Munich.

Jurgen Klopp juga menyatakan berita positif mengenai pembedahan Joe Gomez yang berjaya pada Isnin lepas.

Menurut Klopp :

“Pembedahan Joe berlangsung dengan jayanya. Tempoh pemulihan sukar nak ditentukan, namun ianya mengambil masa 4 hingga 6 minggu lagi untuk pulih”.

“Trent telah turun berlatih sejak semalam dan tidak mengadu mengalami masalah. Selepas 4 minggu untuk sesi latihan pertama, kita akan lihat bagaimana situasinya selepas ini”.

“Jordan Henderson juga telah turun menjalani latihan, kecederaannya tidak lama namun ianya lebih kepada otot. Kami juga harus meneliti lagi hari ini”.

“Gini juga berlatih secara normal semalam. Namun beliau juga harus dinilai terlebih dahulu”.

“Dejan masih tersisih. Tiada tempoh masa pemulihan namun kita menunggu hingga perlawanan menentang Bayern”.

ADMIN

Bermaksud ada pemain yang akan diturunkan, dan ada yang tidak diturunkan. YNWA.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman