Man Utd Menarik Nafas Lega Menjelang Pertembungan Liverpool di Old Trafford

United yang berada dalam keadaan cemerlang di bawah Ole Gunnar Solskjaer kini memberi tumpuan kepada kunjungan Liverpool. Dejan Lovren bakal terlepas dalam pertembungan Liverpool dengan Manchester United hujung minggu ini. Pemain pertahanan Croatia itu tidak turun bermain ketika Anfield menerima kunjungan Bayern Munich dalam perlawanan Liga Champions sementara gandingan Joel Matip dan Fabinho menyudahkan perlawanan […]

Xherdan Shaqiri Sentiasa Berharap Liverpool Berjumpa Bayern Munich Dalam Liga Juara-Juara.

Penyerang The Reds yang bertubuh sasa ini pernah menghabiskan dua setengah musim dengan jayanya bersama gergasi Bundesliga sebelum ini dalam kerjayanya dan kenangan manis menjulang trofi ketika itu masih kekal dalam kenangannya. Maka, perlawanan babak pertama dalam pusingan 16 terakhir pada awal pagi Rabu – dan perlawanan babak kedua di Allianz Arena pada bulan depan […]

FA Mesir Tidak Akan Menurunkan MoSalah Untuk Mewakili Mesir Dalam AFCON

Negara Afrika bakal bertemu Nigeria dan Republik Niger dalam dua perlawanan kelayakan Piala Afrika (AFCON) pada Mac nanti. Naib presiden badan bola sepak negara, Ahmed Shobier mengesahkan bahawa bintang Liverpool tidak akan dipanggil untuk bermain dalam perlawanan yang berlangsung pada 22 dan 26 Mac depan. “Mohamed Salah tidak akan bermain dalam perlawanan Nigeria dalam kelayakan […]

Rafael Benitez Yakin Newcastle Boleh Mengalahkan Pendahulu Liga, Liverpool Di ‘Boxing Day’

Rafa Benitez dengan perancangan terbaik beliau, akan memastikan Newcastle United menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool, kerana beliau merasakan terlalu awal untuk menggelar Liverpool pencabar kuat kejuaraan liga musim ini. Benitez turut akui yang sememangnya skuad Liverpool sekarang merupakan sebuah pasukan yang paling kuat yang pernah dilihatnya di era Liga Perdana, tetapi beliau yakin Liverpool masih […]

Van Dijk ‘Rating’ 9/10 : Jaring Gol Disamping Kekal ‘Clean-sheet’

Liverpool akan menghabiskan perayaan Hari Krismas dengan rasa gembira tidak terhingga, setelah kekal ‘gayat’ di takhta Liga Perdana selepas mengalahkan Wolverhampton Wanderers 2-0 awal pagi tadi. Dengan Mohamed Salah dan Virgil van Dijk menjaringkan gol pada separuh masa kedua di Molineux untuk membantu pasukan Jurgen Klopp kekal di atas Manchester City dengan kelebihan 4 mata […]

‘Wolves Berupaya Mengalahkan Liverpool’ : Kevin Foley

Bekas pemain Wolves, Kevin Foley berkata tidak ada sebab bagi pasukan Nuno Espirito Santo untuk menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool, sama seperti pasukannya pernah mengalahkan Manchester United tujuh tahun lalu. Foley adalah sebahagian daripada skuad Wolves yang berjaya mengakhiri rekod tanpa kalah 29 perlawanan United berturut-turut pada Februari 2011. Pemain berusia 34 tahun itu baru-baru […]

Neuer, Robben Yakin Bayern Munich Dapat Mengalahkan Liverpool

Bayern Munich akan menghadapi Liverpool dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara musim ini, dan Arjen Robben serta Manuel Neuer yakin, yang mereka boleh menang keatas Liverpool. Undian telahpun selesai dijalankan, dengan Bayern Munich bakal ditentang antara pasukan menjadi pilihan, Liverpool. Walaupun Bayern satu masa dahulu menjadi antara pasukan kegemaran lagi hebat, kini hujah itu mungkin sikit […]

‘Kami Akan Berlawan Habis-Habisan Demi Meraih Kemenangan Di Anfield’ : Mourinho

Jose Mourinho menegaskan, barisan kesebelasan utama Manchester United yang akan beliau pilih untuk turun dalam perlawanan vs Liverpool Isnin ini, merupakan satu pasukan yang mempunyai keinginan serta bercita-cita tinggi untuk memenangi perlawanan tersebut, disamping akan berjuang habis-habisan untuk meraih kemenangan di Anfield. Ini merupakan perlawanan ke-5 United dibawah bimbingan Mourinho untuk menghadapi Liverpool, dengan mereka […]

Ancelotti : Napoli Akan Serang Liverpool ‘Habis-Habisan’

Carlo Ancelotti menegaskan, Napoli datang ke Anfield demi untuk meraih kemenangan, dengan niat untuk mengalahkan Liverpool bagi perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada pagi Rabu ini, walaupun sekadar meraih keputusan seri, sudah cukup buat mereka melangkah megah ke pusingan 16 kalah mati. Napoli datang ke Anfield sebagai pendahulu Kumpulan C, sementara Liverpool pula perlu […]

Cabaran Besar Bakal Liverpool Hadap Di Vitality Stadium

The Cherries dikhabarkan akan menentang Liverpool dengan tanpa kehadiran Adam Smith dan Lewis Cook, yang mana kedua-duanya mengalami kecederaan lutut jangka masa panjang. Dan Gosling, yang pernah menjaringkan gol kemenangan untuk Everton ketika menentang Liverpool satu masa dulu, masih diragukan sama ada akan diturunkan mahupun tidak, juga akibat masalah kecederaan sebelum ini. Positivity 💯 pic.twitter.com/Awf7M14Xta […]

Joe Hart Mengharapkan Burnley ‘Merubah Menjadi Ribut Membantai’ Liverpool

Joe Hart mahu Clarets ‘mencetuskan ribut’, kerana mereka berusaha untuk ‘mencerahkan kabus’ di Turf Moor. Hart akan diturunkan Burnley untuk menentang Liverpool dalam pertembungan awal pagi ini, dengan pasukan Burnley berusaha mencari kemenangan pertama mereka selepas lapan perlawanan di laman sendiri. Liverpool pula, yang datang ke laman Burnley dengan belum terkalahkan lagi di liga, Hart […]

Amaran TAA buat Everton : Selamat Berdepan Dengan Taring Anfield

Trent Alexander-Arnold memberi amaran kepada Everton – dan mengakui Liverpool bakal membuatkan Everton gelabah di Anfield Pemain kebangsaan England itu percaya Liverpool mempunyai kelebihan psikologi ke dalam perlawanan yang ke -232 Merseyside ketika dia memberi amaran kepada Everton: “Anfield akan memberi saingan yang sengit.” The Reds memegang rekod tanpa kalah dalam 20 pertemuan terakhir di […]

error: Content is protected !!