Perlumbaan Penjaring Terbanyak Di Antara Mohamed Salah, Harry Kane & Sergio Aguerp

Pertembungan untuk menjadi penjaring terbanyak bagi Liga Perdana Inggeris musim 2017/18 sedang di ketuai oleh 3 pemain yang mendahuluinya.

Selepas menjaringkan 4 gol ketika menentang Leicester City, Sergio Aguero menyertai Harry Kane dan Mohamed Salah untuk menjaringkan lebih daripada 2 gol dalam musim ni, ketika musim hanya 27 perlawanan sahaja.

Ini adalah rekod terbaru yang terpantas yang dilakukan oleh penjaring gol sejak ianya dilakukan (terpantas) ketika musim 1995/96 apabila Alan Shearer, Robbie Fowler dan Les Ferdinand lakukan sebegitu.

Harry Kane telah mendahului dengan 23 gol. Penyerang Spurs itu sedang dalam perancangan untuk menjadi pemain yang ketiga selepas Alan Shearer (1995-97) dan Thierry Henry (2004-06) lakukan sebelum ini.

Dalam masa yang sama, Mohamed Salah yang melakukan debut pertama dalam musim ini di Liverpool berharap agar berjaya mendapatkan ‘Kasut Emas’ itu kali ini.

Aguero yang juga pemenang trofi ini sebelum ini telah merapatkan jurang gol kepada pendahulu dengan hanya 2 gol sahaja ketika menentang Leicester City dan kini mengumpul 21 gol keseluruhannya.

3 pencabar untuk anugerah Penjaring terbanyak ini di bandingkan dalam pelbagai kriteria.

PUNCA GOL YANG LEBIH SEIMBANG BAGI HARRY KANE

Apabila mengambil 3 pemain ini dan dibandingkan, ternyata Harry Kane lebih seimbang daripada punca serangan gol dilakukan.

Salah dan Aguero telah dominasi gol dalam kaki yang berbeza.

Aguero dominan menggunakan kaki kanan dengan hampir 3/4 daripada 21 yang dilakukan menggunakan kaki kanannya berbanding kiri.

Manakala Salah telah menjaringkan 22 gol dengan hanya 3 gol dilakukan tanpa menggunakan kaki dominannya iaitu kaki kanan berbanding kaki kiri.

Gol Harry Kane untuk Spurs, berbeza, mempunyai hampir keseimbangan yang jelas, 9 menggunakan kaki kanan, 9 mengggunakan kaki kiri dan 5 menggunakan kepada.

AGUERO PENJARING JARAK DEKAT

Hanya 1 gol daripada Aguero sahaja yang dijaringkan oleh Sergio Aguero dilakukan di luar kotak penalti.

Jika dibandingkan, Harry Kane dan Mohamed Salah, masing-masing berjaya menjaringkan 3 gol di luar kotak penalti.

Kejayaan gol (21 gol) Aguero turut dibantu oleh kejayaannya menjaringkan gol menerusi sepakan penalti. 4 gol daripada penyerang Man City itu pada musim ini.

Berbanding dengan Salah yang hanya jaringkan 1 gol sahaja atau Harry Kane yang jaringkan 2 gol daripada sepakan penalti. Kedua pemain ini turut terlepas 1 sepakan penalti untu dijaringkan.

SALAH SERING JARINGKAN GOL KETIKA PEMAIN LAWAN PENAT

Jika dilihat kepada Kane, Salah dan Aguero, ketiga pemain ini telah jaringkan banyak gol dalam separuh masa kedua berbanding separuh masa yang pertama.

Setiap pemain ini telah jaringkan lebih 70% jumlah jaringannya pada separuh masa kedua dan lebih 1/3 gol ketika perlawanan membawa kepada 60 minit permainan.

Aguero tidak pernah menjaringkan sebarang gol dalam 15 minit terakhir berbanding Harry Kane dan Salah yang telah jaringkan 5 gol untuk keduanya.

Kelihatan, Mohamed Salah sering jaringkan gol ketika lawannya mula penat. 10 daripada 22 gol yang dilakukan adalah ketika 15 minit terakhir dalam perlawanan.

AGUERO LEBIH MUDAH JARINGKAN GOL

Melihat kepada statistik yang ada, Sergio Aguero lebih mudah jaringkan gol berbanding Harry Kane dan Mohamed Salah.

21 gol daripada Aguero dilakukan dalam jumlah minit perlawanan yang kurang berbanding Kane & Salah. Penyerang Man City ini juga menjaringkan 21 gol dalam 22 perlawanan yang dilakukan. Berbeza sekitar 4 jam jika dibandingkan dengan Salah & Kane.

KANE PENYUDAH YANG TAJAM DARIPADA PELUANG YANG SEDIKIT

Harry Kane lebih bagus dalam menggunakan peluang yang terhidang di depan mata.

Harry Kane pada asasnya memiliki 6 peluang gol purata setiap perlawanan (Jumlah 150) lebih 47 peluang berbanding Slaah dan Aguero(62 peluang lebih banyak).

Walaupun mempunyai peluang yang banyak, Harry Kane telah menjaringkan 18 gol daripada 32 gol ‘Peluang Terhidang” (Big Chances) membawa kepada purata 56% peluang akan menghasilkan gol.

Aguero terkebelakang sedikit dengan 54% manakala penyudah Salah ‘masih lemah’ bagi aspek ‘conversion rate’ atau ‘purata penyudahan’ pada kadar 44% sahaja (4 gol dalam 10 percubaan sebagai contoh).

GOL SALAH LEBIH PENTING KERANA MENYUMBANGKAN BANYAK MATA 

Aspek yang terakhir adalah mendapatkan bagaimana pentingnya gol bagi ketiga pemain ini.

Walaupun Harry Kane menjaringkan gol lebih banyak namun Mohamed Salah menjaringkan gol lebih penting untuk pasukannya yakni Liverpool.

Gol yang dijaringkan oleh penyerang Mesir ini telah memberi sekitar 13 mata kepada Liverpool berbanding 12 mata bagi Tottenham Spurs yang dilakukan oleh Harry Kane.

8 gol dalam 15 minit terakhir perlawanan Man City selalunya memberi mata kepada Man City. Walaubagaimanapun, ianya hanya menambah 7 mata bagi keseluruhan mata untuk pasukan The Citizen itu.

Pep Guardiola sendiri tidak begitu bergantung kepada gol yang dijaringkan oleh Sergio Aguero ini. 21 gol yang dikaringkan itu hanyalah sekitar 1/4 daripada 79 gol yang dijaringkan oleh keseluruhan pasukan Man City.

Gol Salam adalah 22 gol daripada 71 gol keseluruhan Liverpool manakala Kane dengan 23 gol daripada 52 gol Spurs membawa sekitar 44%.

Selain itu, penyumbang terbanyak bagi Harry Kane adalah pemain bek sayapnya iaitu Ben Davies dan Kieran Trippier masing-masing dengan 4 bantuan gol ke atas penyerang England itu. Manakala Dele Alli juga menyumbang 4 bantuan gol daripada tengah.

Aguero menerima ‘perkhidmatan’ yang mantap daripada Kevin De Bruyne apabila mencetak 5 bantuan gol kepada penyerang Argentina itu. Sadio Mane juga merupakan penyumbang utama kepada gol Mohamed Salah dengan 4 bantuan gol.

Secara kesimpulannya, kesemua pemain ini mempunyai ‘kekuatan’ dan ‘kelemahan’ masing-masing. Ketiga-tiga pemain ini mempunyai kekuatan dalam sekurang-kurangnya 2 kriteria besar yang dianalisa pada hari ini.

Siapakah yang anda rasakan memenangi kasut emas pada musim ini?

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts