Pendapat: Kenapa Reus Menjadi Idaman Liverpool

 

Reus

 

 

KENAPA PEMINAT LIVERPOOL TERLALU MENGIDAMKAN MARCO REUS ? POPULARITI DAN KUALITI.

1.Populariti.

Marco Reus adalah antara pemain sensasi yang masih kekal di Dortmund dan dilihat akan terus kekal disitu beberapa musim lagi.

Namun possibility untuk kelab lain membeli pemain2 Dortmund membuatkan ramai peminat juga berfikir Reus tidak mustahil untuk dimiliki.

Media juga kerap menyiarkan gosip Reus sehingga menyebabkan Reus adalah pilihan popular dikalangan peminat Liverpool walaupun tidak pernah ada kenyataan rasmi dikeluarkan Liverpool berminat terhadap pemain itu.

2.Kualiti.

Reus berkemampuan bermain dimana2 sahaja posisi bahagian serangan. Beliau boleh beraksi di sayap kanan,sayap kiri,attacking midfield malah sebagai penyerang tengah.

Selain itu Reus juga sudah biasa bermain dalam sistem Liverpool kerana sama dengan sistem permainan Dortmund iaitu High energy,pressing dan dynamic.

Beliau juga dianggap rata2 oleh peminat Liverpool sebagai pengganti Luis Suarez yang menjaringkan 31 gol untuk Liverpool musim lalu.

Namun begitu adakah Liverpool perlu mencari pengganti ?? kerana jika tanpa Luis Suarez sekali pun Liverpool masih mampu menjaringkan 70 Gol yang mana juga merupakan kedua tertinggi di liga.

Ya. Liverpool perlu mencari pengganti tetapi bukan sebagai penjaring gol utama. Kerana Liverpool sudah memiliki Sturridge,Balotelli dan Sterling yang mana terbukti berkemampuan menjaringkan gol.

Apa yang Liverpool perlu cari ganti ialah kualiti kreativiti dan etika kerja di Final Third. Kerana itu lah yang Luis Suarez tinggalkan sebenarnya. Dan Marco Reus adalah antara pemain yang sesuai mengisi kekosongan itu.

Liverpool tidak semestinya perlu memiliki Marco Reus. Tapi pemain yang berkualiti di final third memang diperlukan. Persoalanya, adakah pemain itu perlu dibeli atau sebenarnya sudah ada dalam Skuad cuma perlukan masa ? Jeng. Jeng. Jeng.

Post Author: Bos LMreds