Pertahanan Liverpool, Lloyd Jones Melengkapkan Perpindahannya ke Luton Town

Lloyd Jones percaya bahawa sudah sampai masanya untuk meninggalkan Liverpool setelah melengkapkan perpindahan secara tetap Luton Town dengan yuran yang tidak didedahkan.

Pemain berusia 22 tahun ini telah menandatangani perjanjian selama 2 tahun setengah bersama kelab barunya dan kemungkinan akan melakukan debutnya ketika menentang Exeter FC pada sabtu ini.

Jones berkata :

“Saya mengetahui mengenai perpindahan ini tiga hari yang lalu, saya mengikutinya dan disini saya pada hari ini.”

“Saya mahu bermain bola sepak secara kerap. Saya berada di B-23 tahun Liverpool untuk beberapa kali dan sekarang saya mahuencari cabaran baru. Saya fikir Luton adalah kelab yang tepat untuk saya.”

“Saya bercakap kepada pengurus Luton semalam dan dia menjelaskan bagaimana kelab itu mahu maju dan mempunyai cita-cita. Itulah merupakan faktor terbesar saya ke sini. Saya sangat berharap kepada perkara tersebut. Mudah-mudahan kami akan mendorong untuk promosi dan beraksi untuk Liga Satu.”

Jones menyertai akademi Liverpool daripada Plymouth pada 2011 dan pernah dipinjamkan keluar ke Cheltenham, Accrington, Blackpool dan Swindon. Dia pernah diletakkan dibangku simpanan oleh Brendan Rodgers ketika bertandang ke Fulham pada Mei 2013 tetapi tidak pernah membuat penampilan untuk skuad senior Liverpool.

Admin

Semoga karier Jones kembali bersinar dan dapat menggapai impiannya untuk terus beraksi secara kekal.

You’ll Never Walk Alone
Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Post Author: Nazz Carra