Pierre-Emerick Aubameyang Nyata Keinginan Untuk Berpindah

Pemain Borussia Dortmund ,Aubameyang yang menjadi tanda tanya hala tuju beliau pada perpindahan musim panas lalu mengubah pendirian untuk pergi. Kini beliau berada dalam radar kelab lama beliau Ac Milan dan Chelsea.

Paling tidak Aubameyang hanya mampu bertahan untuk musim 2017/2018 , dan ia membuka semula peluang kepada kelab yang inginkan khidmat beliau. Ia laporan dari sebuah akhbar Calciomercato mengatakan hanya Ac Milan yang betul-betul minat pemain itu.

Pemain penyerang Gabon itu bakal tamat kontrak pada 2020 , pihak Dortmund telah memberikan tawaran lumayan untuk beliau bertahan lama di Dortmund namun ia ditolak dan ia menyatakan kesal tidak menerima perpindahan Ac Milan.

Walaubagaimanapun, peluang Ac Milan bergantung kepada situasi Kelab mereka untuk musim depan adakah mereka berjaya melayakkan diri ke Liga Juara-juara disamping Chelsea yang belum betul-betul menaruh minat terhadap pemain itu dikala Diego Costa dihantar balik ke kelab lama beliau kerana masalah disiplin.

Ia tidak lupa juga Liverpool yang memerlukan penyerang tulin yang mampu menghasilkan gol banyak dan berbisa di dalam kotak penalti, para pundit EPL sudahpun menjelaskan yang The reds seharusnya membeli pemain seperti Aubameyang untuk mendapatkan Gol.

Namun Aubameyang juga pernah mengatakan liverpool dan Dortmund tidak jauh beza, itu mungkin menyebabkan beliau tidak akan ke Liverpool kerana mempunyai suasana yang hampir sama atau sebaliknya.

Ditulis: Nur Azmie Derese

Untuk: Liverpoolmalaysiareds.com

Related posts