Pochettino Akui Liverpool Lawan Yang Sukar

Mauricio Pochettino menjangkakan, pertembungan Sabtu ini antara Tottenham Hotspur dan Liverpool pasti akan menjadi satu perlawanan yang berbeza seperti pertemuan musim lalu.

Bos Spurs menggambarkan Reds, yang kini menduduki puncak Liga Perdana setelah memenangi empat perlawanan berturut-turut sebelum rehat antarabangsa, sebagai salah sebuah pasukan terbaik di Eropah.

Beliau luahkan demikian semasa sidang media pra perlawanan menjelang perlawanan ke-5 PL Sabtu ini.

Tottenham mengalahkan Liverpool 4-1 di Wembley dalam perlawanan persahabatan 2017-18, tetapi Pochettino kini lebih berhati-hati dengan cabaran yang menunggu pasukannya hujung minggu ini.

Beliau sentiasa yakin, Spurs berkeupayaan untuk mengalahkan mana-mana pasukan. Tetapi, baginya permainan pada hari Sabtu ini akan jelas berbeza dengan musim lepas. Kerana ini merupakan musim yang lain.

Pochettino akan memastikan pasukannya menang, dan akan melakukan cara yang beliau percaya hanya itu sahaja yang boleh mengalahkan Liverpool.

Ini kerana, bos Spurs ini merasakan Liverpool adalah salah satu pasukan terbaik di Eropah, bukan setakat di England sahaja.

Dengan Liverpool mempunyai pemain dan pengurus yang hebat. Semestinya akan menjadi lawan yang sangat sukar untuk dijinakkan Spurs, walaupun bermain dilaman sendiri.

Menentang Liverpool, memerlukan tenaga yang maksimum, dan wajib mempunyai prestasi yang terbaik jika Spurs mahu memenangi perlawanan tersebut, jelas Pochettino.

Tottenham memperolehi 9 mata daripada empat perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, dengan mereka menghadapi kekalahan kepada Watford 2-1 sebelum rehat antarabangsa.

Admin :

Liverpool jumpa lawan yang sebenar. Kemenangan wajib diraih demi 3 mata berharga.

Keputusan bukan soal utama, apa yang penting kemenangan, walaupun sekadar 1-0. 💪

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool FC

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds