Polis Merseyside Membuka Kertas Siasatan Mengenai Insiden “Suar Biru” Di Anfield

Selain itu terdapat laporan objek lain dilontar ke dalam padang oleh penyokong “Everton”.

Liverpool menumpaskan Everton 1 – 0 menerusi jaringan lewat perlawanan menerusi tandukan Divock Origi hingga seluruh Anfield ketika itu bersorak kegembiraan meraikan jaringan tersebut.

Selepas perlawanan berakhir, terdapat laporan bahawa suar dan pelbagai objek lain telah dilontar ke dalam stadium oleh penyokong Everton.

Namun tiada kecederaan dilaporkan berlaku dalam insiden tersebut dan pihak berkuasa sedang menyiasat individu yang bertanggungjawab melakukan insiden tersebut berdasarkan rakaman CCTV.

Jurucakap pihak berkuasa Merseyside berkata :

“Kami mengesahkan bahawa Polis Merseyside sedang menyiasat laporan yang mendakwa pelbagai objek dilontar ke dalam padang ketika perlawanan Liverpool vs Everton pada 02 Disember 2018”.

“Selepas perlawanan, kami mendapati pelbagai objek seperti suar telah dilontar ke dalam padang oleh segelintir penyokong Everton, walaupun tidak berlaku sebarang kecederaan”.

ADMIN

Suar warna biru itu sudah pasti milik penyokong lawan…..

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman