Polisi Perpindahan Liverpool Yang Diperkenalkan Jurgen Klopp

Kita menjangkakan polisi yang sama akan berulang setiap musim perpindahan berlangsung.

Liverpool sedang bersedia untuk sebarang proses perpindahan dalam dua hari terakhir perpindahan musim panas ini.

Dan ianya bukanlah berkaitan dengan perpindahan masuk – ianya berkaitan dengan perpindahan keluar. Jauh sekali dari meraikan sesuatu dan juga muatnaik menerusi Twitter mengenai pemain yang akan dibawa masuk.

Tugas itu perlu dilakukan. Jurgen Klopp mengakuinya tetapi dengan amaran untuk kelab supaya bersedia dengan bidaan yang cukup besar.

“Mereka semua adalah pemain yang bagus. Namun buat masa sekarang saiz skuad terlalu besar”.

“Tetapi ia tidak bermaksud kami akan melepaskan mereka secara percuma. Liverpool sudah cukup besar untuk menampung pemain ini dan kami mampu melakukannya. Kami bukanlah menjual mereka untuk menjadikan pasukan lawan lebih kuat”.

Dalam era lampau, Liverpool merupakan kelab yang berlembut untuk melepaskan aset bernilai dari kelab mereka.

Berikan satu contoh; £8 juta + Antonio Nunez untuk  Michael Owen di Real Madrid ibarat “mencuri” pemain itu. Begitu juga dengan penjualan Alvaro Arbeloa ke Real Madrid dengan harga £5 juta, jauh lebih murah dengan khidmatnya sebagai salah seorang pemain skuad pencabar kejuaraan 2008 2009.

Dan dalam tahun tahun berikutnya, FSG juga bermurah hati melepaskan pemain pemain lama dengan mudah. £3 juta untuk Pepe Reina, £5.3 juta untuk Jonjo Shelvey dan £1 juta untuk Dirk Kuyt.

Namun di bawah rejim Klopp ianya tidak berlaku lagi. Danny Ward dengan harga £12.5 juta dengan 3 penampilan senior, Christian Benteke dengan nilai £29 juta pada musim pertama yang mengecewakan dan Kevin Stewart dengan nilai £5 juta yang tidak lebih dari pemain muda yang sekadar mengisi kekosongan skuad utama jika berlaku kecederaan.

Liverpool dijangka akan menggunakan polisi perpindahan keluar yang sama dalam dua hari terakhir ini.

Divock Origi telah diletakkan harga setinggi £27 juta, dan dijangka beberapa pemain lain seperti Danny Ings, Lazar Markovic, Simon Mignolet, Marko Grujic, Sheyi Ojo dan Pedro Chirivella akan meninggalkan Anfield secara tetap atau kekal.

Ianya dijangka mendapat pulangan sebanyak £100 juta – dan Liverpool tidak menawarkan apa apa untuk kelab yang membida pemain ini. Dan jika kelab pembida tidak percaya, dua musim lepas sudah menjelaskan segala galanya.

Mamadou Sakho telah dihantar pulang dari kunjungan di USA pada 2016 setelah melanggari peraturan dan disiplin yang ditetapkan oleh Klopp.

Klopp telah memaklumkan kepada Sakho beliau masih mempunyai masa depan di Liverpool, namun beliau harus bermain di kelab lain secara pinjaman untuk membuktikan peningkatan kecergasan dan profesionalisme dalam sukan.

Sakho enggan, dan beliau jatuh ke satu tahap permainan yang amat buruk iaitu berada dalam skuad Bawah 23 Tahun.

Dan selepas itu beliau menimbulkan kekecohan di media sosial setelah memuatnaik status “seorang penipu” di Instastory beliau yang menjelaskan sedikit sebanyak situasinya di Liverpool.

Dan beliau akhirnya ditunjukkan jalan keluar 12 bulan kemudian, dengan kelab tidak berjaya mendapatkan pembeli untuk Sakho.

Berikut adalah kenyataan daripada Jurgen Klopp pada Disember 2016 :

“Sakho tidak berada dalam pelan pasukan utama. Pasukan utama sekarang ini adalah di Melwood. Anda tahu jawapannya”.

Dengan tiada bidaan dilancarkan untuk beliau, Sakho kekal di kelab selama 5 bulan seterusnya sebelum mengambil keputusan untuk ke Crystal Palace secara pinjaman. Dan pada 2017, akhirnya Sakho meninggalkan Anfield dengan nilai £26 juta.

Ianya membuktikan bahawa Liverpool kini semakin sukar untuk dibawa berunding – dan berjaya menjual pemain dengan nilai £26 juta tanpa ada minit permainan selama 16 bulan sekaligus memaksa kelab pembida berunding dengan apa yang Liverpool tawarkan.

Dan begitu juga yang bakal dialami kelab pembida lain selepas ini. Liverpool sukar untuk diajak berunding berkaitan penjualan pemain tanpa mempersetujui syarat syarat yang dikemukakan kelab.

ADMIN

Liverpool bukan lagi kelab yang bermurah hati melepaskan pemain mereka begitu sahaja.

Tiada tawaran menarik, tiada bidaan tinggi maka tiada persetujuan akan dicapai. Dan Klopp tahu mengenai itu.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman