Porto Berhadapan Krisis Kecederaan Menjelang Pertemuan Menentang Liverpool

Isu itu turut melanda bahagian pertahanan Porto.

Pasukan itu juga menunggu keputusan pemeriksaan perubatan untuk pemain pertahanan utama, Ivan Marcano untuk perlawanan pada awal pagi Khamis ini.

Marcano tidak bermain sejak 24 Januari lepas dan hanya melakukan latihan ringan sejak semalam.

Kelab Portugal itu juga terdesak untuk mengisi posisi yang ditinggalkan pasangan pertahanan Marcano iaitu Felipe apabila digantung perlawanan selepas perlawanan terakhir peringkat kumpulan UCL.

Penjaring terbanyak mereka, Vincent Aboubakar turut hanya menjalani latihan ringan walaupun pemain tengah mereka Andre Andre boleh diturunkan setelah pulih dari kecederaan.

Menurut wartawan Portugal Luis Rocha Rodrigues :

“Semuanya kurang menggembirakan buat pengurus Sergio Conceicao, dengan pemain utama seperti Marcano, Aboubakar dan Andre bergelut untuk kembali cergas”.

“Selain itu Felipe turut terlepas aksi pertama pusingan 16 pasukan ini kerana digantung perlawanan setelah dilayangkan kad merah ketika perlawanan terakhir UCL menentang Monaco”.

“Jika Marcano tidak pulih juga maka pemain baru Yordan Osorio berada di senarai pemain yang akan diturunkan nanti”.

Osorio belum lagi diturunkan dalam skuad Porto namun telah berada di bangku simpanan sejak dua perlawanan terakhir. Selain itu Diego Reyes turut diletakkan sebagai pilihan dan telah beraksi bersama kelab itu sebanyak 13 kali.

Namun Porto juga berada dalam situasi terbaik walaupun tanpa kehadiran pemain tengah mereka, Danilo dalam beberapa perlawanan. Pemain dari Brazil itu bakal terlepas perlawanan di Dragao, namun dijangka akan bermain ketika aksi timbal balik di Anfield dalam masa 3 minggu.

“Danilo turut tercedera, tetapi kehilangan beliau diisi oleh Sergio Olivera yang bermain lebih baik”.

“Pemain itu menjaringkan gol penting ketika pertemuan dengan Braga dan ini melegakan kebanyakan peminat yang risau tanpa kehadiran Danilo”.

Liverpool turut kehilangan khidmat Emre Can dalam perlawanan di Dragao selepas digantung 1 perlawanan kerana mengutip kad kuning kedua ketika aksi terakhir menentang Spartak.

ADMIN

Dijangka Liverpool juga akan menurunkan barisan terkuat mereka.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman