Presiden Kelab Roma Membidas Dakwaan Presiden Napoli – Seperti “Tweet” John W Henry!

Presiden kelab itu didakwa mempunyai pegangan ekuiti dalam saham Liverpool oleh presiden kelab Napoli, Aurelio de Laurentiis.

Pemilik kelab Roma itu merupakan kawan karib kepada pemilik kelab Liverpool John W Henry dan kedua dua pemilik kelab itu telah terlibat dalam urusan perpindahan berprofil tinggi dalam dua musim ini apabila menjual Mo Salah dan Alisson sejak 2 musim lepas.

Palotta merupakan ahli eksekutif lembaga pengarah untuk pasukan bola keranjang Boston Celtic manakala FSG merupakan pemilik pasukan baseball Boston Red Sox, dengan mendakwa Liverpool telah membayar harga untuk Mo Salah dengan nilai yang agak tinggi ketika penjualannya.

Dakwaan terbaru adalah Presiden Napoli mendakwa Liverpool dan Roma dikuasai oleh individu yang sama, dengan menyatakan “burung kecil” telah memberitahunya mengenai perkaitan Palotta dengan skuad Jurgen Klopp.

Menurut Laurentiis :

“Roma? Banyak perubahan berlaku namun saya tidak pasti sejauh mana perubahannya”.

“Saya tidak akan sekali kali menjual Alisson walaupun ditawarkan €100 juta. Saya pernah menawarkan €60 juta untuk beliau namun Roma enggan menjual pemain itu kepada saya”.

“Saya sentiasa percaya bahawa pemilik Roma adalah juga pemilik Liverpool. “Burung kecil” pernah berbisik kepada saya beberapa tahun lepas dan jika kedua dua kelab itu tidak berurusan mereka tidak akan berada di kancah UCL”.

Dan James Palotta memberikan reaksi yang hampir serupa dengan apa yang dilakukan John W Henry ketika Arsenal menambah £1 untuk mengaktifkan klausa perpindahan Luis Suarez pada 2013.

Menerusi laman Tweet AS Roma, mereka memetik :

“Apa yang De Laurentiis hisap sebenarnya di Naples?”

“Jika beliau bertemu dengan burung kecil itu, beliau akan tahu juga pemilik Barca dan Bayern”.

ADMIN

Sejak Napoli tewas ke atas Liverpool dalam aksi persahabatan di Dublin, lain macam presiden Napoli ni punya pergi. Kahkahkah.

YNWA AS Roma.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman