Preview : FIFA WC 2018 Group E – Firmino, Allison, Grujic & Shaqiri

Salah satu pasukan tumpuan dalam Piala Dunia ini, dengan pemain utama Liverpool berkemungkinan akan turun beraksi dan beberapa pemain sasaran Liverpool.

Hampir semua peminat bolasepak tertumpu kepada Brazil; sejarahnya, jersinya, bekas pemain dan Bobby Firmino sendiri.

Jika anda menyatakan tidak berminat, anda merupakan penyokong Argentina, Germany, England atau Itali ( Itali mana yer? )

Brazil merupakan pasukan yang berkemungkinan besar akan lolos ke peringkat seterusnya, dengan Costa Rica, Serbia atau Switzerland masing masing mengintai peluang.

TAYANGAN

Difahamkan siaran langsung antara :

BRAZIL vs SWITZERLAND

Live di Astro Supersports, Siaran Tertunda di RTM 2, Astro Arena

COSTA RICA vs SERBIA

Live di RTM 2, Astro Arena dan Astro Supersports. 

PEMAIN TUMPUAN LIVERPOOL

Roberto Firmino berkemungkinan akan diletakkan di bangku sinpanan, namun akan diberi peluang untuk melakukan sesuatu jika diturunkan dalam perlawanan menentang Switzerland ini.

Begitu juga dengan Marko Grujic, di mana akan memberikan bantuan dari bangku simpanan Serbia dengan permainan bertenaga dan agresif.

Untuk Shaqiri, tidak perlu diperkenalkan lagi kerana sudah ada minat dari Liverpool dan juga klausa pelepasan yang sangat mudah diaktifkan, namun hanya dihalang oleh persetujuan gaji dan juga jangkaan yang akan diterima daripada kelab.

Peminat Liverpool semestinya terkejut dengan harga Allison yang diberikan oleh Roma, tetapi itu bukan alasan jika beliau beraksi cemerlang bersama Brazil sekaligus mengenepikan penjaga gol Man City, Ederson ke bangku simpanan pasukan Brazil.

PEMAIN TUMPUAN DUNIA

Neymar! Beliau telah kembali cergas dan telah kembali menjaringkan gol ketika di Anfield.

Selain itu, pemain yang mempunyai reputasi tinggi untuk perpindahan major seperti Sergei Milinkovic – Savic dari Serbia turut mendapat tumpuan.

Breel Embolo ( Switzerland ) dan Marco Urena ( Costa Rica ) harus diberi perhatian.

PUSINGAN KALAH MATI?

Tidak dinafikan Brazil adalah pilihan untuk lolos ke pusingan seterusnya. Organisasi pasukan yang bagus, daya permainan pantas dan “squad depth” yang baik.

Walaupun sering bermula dengan rentak perlahan dalam perlawanan, namun rentak akan berubah pada 30 minit selepas itu dan merobek benteng lawan seperti yang dilakukan ke atas Croatia.

Pilihan seterusnya adalah Serbia, di mana mungkin menjadi pasukan yang mengiringi Brazil ke pusingan kedua dengan bimbingan pengurus baru.

Namun jangan memandang rendah kepada keupayaan Switzerland dan Costa Rica, mereka datang ke Piala Dunia bukan sekadar menjadi pelengkap kumpulan.

ADMIN

Sudah bersediakan anda untuk menonton perlawanan pada malam ini?

Sumber : This Is Anfield

Post Author: Mohd Nuruzzaman