Preview : Piala Dunia 2018 Grup G – Henderson, Alexander Arnold, Mignolet & Negara Panama

Belgium dan England akan menampilkan 3 lagi pemain Liverpool dalam Piala Dunia 2018 kali ini.

Ianya tidak menghairankan apabila kedua dua pasukan ini akan bertemu dalam perlawanan terakhir kumpulan G ini dengan salah satunya akan keciciran mata penting.

Tunisia bukanlah pasukan yang sekadar hadir ke Piala Dunia sebagai pelengkap jadual, dengan berjaya mengikat pasukan Portugal dan Turkey dalam perlawanan persahabatan sebelumnya sebelum tumpas tipis ke atas Spain.

Manakala penampilan pertama Panama juga memberikan saingan kali ini.

SIARAN LANGSUNG

Belgium vs Panama ( 11.00 malam )

Siaran Langsung menerusi Astro Arena dan Astro Supersport, Siaran Tertunda menerusi RTM

Tunisia vs England ( 2.00 pagi )

Siaran Langsung menerusi Astro Supersport.

PEMAIN TUMPUAN LIVERPOOL

Jordan Henderson dikhabarkan sebelum ini akan menjadi kapten England, namun kini beliau bersaing untuk merebut posisi tengah bersama Eric Dier.

Tumpuan pastinya terarah kepada Trent Alexander Arnold, yang mengharungi musim membanggakan bersama Liverpool.

Jika Trent gagal diturunkan, kemungkinan England boleh menjadi sukar untuk mengharungi perlawanan Kumpulan G ini.

Simon Mignolet mungkin hanya menyaksikan sahaja aksi dari bangku simpanan.

Liverpool telah dikaitkan dengan penjaga gol Jack Butland dan Nick Pope sebelum ini, namun berkemungkinan besar mereka akan menyaksikan sahaja perlawanan dari bangku simpanan.

PEMAIN TUMPUAN DUNIA

Trent Alexander Arnold. Samada anda peminat Liverpool atau tidak, beliau adalah pemain yang wajar anda perhatikan. Beliau tenang dalam kawalan bola, dan mempunyai set pieces serta hantaran lintang yang cukup menarik.

Belgium pula akan menerima suntikan daripada Dries Merten yang akan bermain di belakang penyerang utama Belgium. Bersama sama Eden Hazard, mereka mampu untuk mengucar gacirkan pertahanan lawan.

Jangan pandang rendah kepada dua pasukan seterusnya, Tunisia dan Panama. Mereka mungkin mampu melakukan kejutan dalam Piala Dunia edisi kali ini. Terutama Panama.

SIAPA AKAN KE PERINGKAT KALAH MATI?

Secara jujurnya Belgium dan England adalah pasukan pilihan, tidak kiralah di mana kedudukan mereka.

Namun mereka harus melepasi Tunisia terlebih dahulu sebagai pencabar utama untuk 2 slot itu.

Pakcik ulang sekali lagi, Panama bukan pasukan mudah untuk ditundukkan.

ADMIN

Bangsa EPL sudah pasti tertumpu kepada England dan Belgium. Jangkakan kejutan lagi.

Sumber : This Is Anfield

Post Author: Mohd Nuruzzaman