PSG Mahukan Khidmat Coutinho – Dan Sanggup Membayar Yuran Perpindahan Setinggi £240 Juta.

Tujuannya untuk mengekalkan Neymar di PSG serta membuatkan beliau gembira bersama kelab di Paris itu.

Namun begitu beliau hanya menyertai Barcelona pada Januari lepas dan berkemungkinan besar ianya sukar dilakukan.

Dan kelab itu sudah memulakan langkah untuk mendapatkan pemain Brazil itu meskipun kerisauan mengenai kelab itu bakal melanggari peraturan Financial Fair Play yang sedang berkuatkuasa sekarang.

PSG juga difahamkan sudah bersedia untuk membayar gaji yang hampir sama dengan nilai yang diterima Neymar di sana, iaitu bernilai £500,000 seminggu sekaligus akan meletakkan nilai £25 juta yang bakal diterima dalam masa setahun.

Tujuan PSG yang cuba melakukan perpindahan mega itu adalah untuk menggembirakan Neymar, dan sekaligus mendapatkan pemain ini adalah satu cara untuk mengekalkan bintang Brazil itu di Paris untuk musim ini.

Coutinho adalah salah seorang pemain yang rapat dengan Neymar, dengan mereka berdua pernah bermain dalam skuad remaja Brazil dan mempunyai hubungan baik antara mereka.

PSG juga tahu perbincangan untuk khidmat Coutinho sudah semestinya sukar disebabkan kontrak 5 tahun pemain itu di Barca, tetapi jika mereka dapat memujuk dengan menawarkan kontrak yang lebih lumayan serta dapat bermain kembali bersama sama rakan baiknya maka perbincangan itu bakal menjadi lebih mudah.

Coutinho mengambil masa yang lama sedikit untuk menyesuaikan di Barcelona dari Liverpool, tetapi setelah membantu kelab itu menjulang dua kejuaraan domestik sebahagian peminat tidak menganggap Coutinho adalah sebahagian dari pemain utama kelab.

Selain itu, faktor wang juga bakal mempengaruhi Barcelona jika sanggup melepaskan pemain itu, dengan difahamkan beliau mempunyai klausa pelepasan setinggi £350 juta.

Sebelum ini Neymar telah dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid, dan PSG berharap kehadiran pemain yang tepat untuk Neymar dapat memujuknya untuk terus kekal di PSG.

PSG akan melengkapkan perpindahan untuk penyerang Monaco, Kylian Mbappe dengan nilai £165 juta musim ini setelah dipinjamkan selama semusim oleh kelab tersebut. Difahamkan PSG juga berminat untuk mendapatkan Luis Suarez.

Jika impian Coutinho disebabkan isterinya yang lebih sukakan kehidupan di sana, namun permintaan tinggi PSG ini akan membolehkan ejen Coutinho berfikir dua kali untuk perpindahan itu.

ADMIN

Sekarang Barcelona pula menjadi sasaran PSG, sepertimana yang Liverpool rasa ketika khabar mengenai Coutinho timbul.

Demi Neymar PSG sanggup lakukan apa sahaja.

Sumber : David Maddock – Daily Mirror

Post Author: Mohd Nuruzzaman