‘Punca’ : Peminat Liverpool Perasan Awal Kesilapan James Milner Sebelum Dikalahkan Red Star Belgrade

Milner telah membuat pilihan yang salah !

James Milner menjadi antara pemain yang sangat digemari di kalangan peminat Liverpool, sehinggalah mereka melihat kesilapan telah dibuat oleh kapten kedua Liverpool itu di Belgrade.

Dengan memakai lilitan kapten dilengan, kerana ketiadaan Jordan Henderson akibat kecederaan, Milner diberikan tugas tetap sebagai ketua pasukan.

Ini termasuklah dalam tugas melambung duit syiling sebelum sepak mula.

Dan, apabila pengadil Antonio Mateu Lahoz meminta Milner untuk memilih antara merah dan biru, pemain berusia 32 tahun itu telah memilih warna biru.

Akhirnya, Liverpool kalah kepada Red Star !

Para peminat Liverpool yang menyaksikan perlawanan tersebut di rumah dengan menonton siaran langsung di kaca televisyen, mempunyai mata ibarat mata helang. Tepat dan tajam, melihat pilihan yang dibuat Milner.

Walaupun naluri kuat para pemerhati ini meminta Milner untuk memilih warna merah, tapi tidak dapat membantunya dari jauh, sekadar mengulas keputusan tersebut di laman sosial.

Dari Twitter Paul, beliau berkata …

Rakan ECHO sendiri, Kop Magazine menambah …

Dan, beberapa ulasan dari para peminat Liverpool terkait kesilapan tersebut …

Milner memimpin pasukannya di Serbia untuk perlawanan Liga Juara-Juara Kumpulan C, dengan Liverpool sedar hanya kemenangan yang akan menjadikan kedudukan mereka lebih kuat dalam melayakkan diri ke peringkat 16 terakhir.

Walau bagaimanapun, memandangkan kekalahan 2-0 yang dialami oleh pasukan Klopp, berkemungkinan pilihan Milner memilih warna biru lebih daripada merah adalah ‘punca’ awal kepada prestasi Liverpool merundum. Hahaha …

Admin :

Macam-macam ada. Macam-macam kenyataan keluar, Klopp belum buat sidang media keluar sebarang kenyataan lagi, kita sebagai peminat .. awal dulu dah bagi andaian pelbagai.

Layan ..

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds