Rafa Benitez Dedahkan Kenapa Dia Sokong Liverpool Untuk Kejuaraan Liga

Rafa Benitez menaruh sepenuh kepercayaan, dengan yakin Liverpool mempunyai segalanya untuk menamatkan penantian mereka meraih kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Bekas pengurus Liverpool itu kembali ke Anfield pada hari Rabu, di mana dia menjadi saksi Newcastle dikalahkan dengan keputusan 4-0.

The Reds dengan bantuan 4 pemainnya menyumbangkan gol, menjadikan pasukan Jurgen Klopp kini meraih kemenangan ke-8 liga berturut-turut, dan masih kekal tidak terkalahkan lagi di liga.

Dengan pungutan 3 mata penuh itu menyaksikan Liverpool kini
mendahului kedudukan mereka di tangga teratas liga dengan 6 mata diatas Tottenham, dan City ditangga ke-3 setelah dikalahkan Leicester, dengan kurang 7 mata.

Bacaan angka tersebut begitu mengagumkan sekali, terutamanya buat para penyokong tegar Liverpool yang setia, dan untuk Benitez, yang mempunyai pengalaman membimbing Liverpool sehingga ke puncak liga pada tahun 2009, menganggap ia merupakan tanda-tanda perkara baik akan datang.

Dalam sidang media selepas perlawanan, Benitez menegaskan Reds mempunyai keupayaan untuk berada di puncak liga pada Mei depan.

Yang mana, jelas Benitez, Liverpool kini menunjukkan mereka sememangnya cukup baik untuk memenangi kejuaraan liga bagi musim ini.

Malah, telah banyak kali juga Benitez telah ungkapkan, sebelum perlawanan juga beliau telah katakan, yang Liverpool adalah sebuah pasukan yang sangat baik dan skuad juga hebat-hebat, dan mempunyai pemain yang sangat baik berada di bangku simpanan.

Untuk memenangi kejuaraan liga, konsisten adalah keutamaan dan Liverpool yang sekarang bukan yang dulu, boleh melakukannya.

Dengan rekod pertahanan terbaik di liga setakat ini dan pemain pertahanan juga turut menyumbangkan gol dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini, The Reds telah terbukti begitu seiringan dalam pertahanan dan juga serangan, yang boleh menjadikan mimpi ngeri bagi pihak lawan.

Benitez menambah, sukar untuk beliau jelaskan kekalahan pasukannya kepada Liverpool.

Gol pertama pun telah mengubah keyakinan pasukannya, dan yang kedua adalah, sangat sukar untuk pasukannya Newcastle bertindak balas terhadap Liverpool yang sangat-sangat hebat.

Liverpool bakal berdepan dengan saingan kuat mereka pada pertembungan vs Arsenal Ahad ini, dan 3 hari kemudiannya pula bertandang ke laman City.

Admin :

Sentiasa doa, agar perjalanan Liverpool dipermudahkan. Insyaallah ☝️.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : This is Anfield

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds