Rafael Benitez Yakin Newcastle Boleh Mengalahkan Pendahulu Liga, Liverpool Di ‘Boxing Day’

Rafa Benitez dengan perancangan terbaik beliau, akan memastikan Newcastle United menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool, kerana beliau merasakan terlalu awal untuk menggelar Liverpool pencabar kuat kejuaraan liga musim ini.

Benitez turut akui yang sememangnya skuad Liverpool sekarang merupakan sebuah pasukan yang paling kuat yang pernah dilihatnya di era Liga Perdana, tetapi beliau yakin Liverpool masih boleh untuk dikalahkan.

Kekalahan Manchester City kepada Crystal Palace hujung minggu lalu bermakna Liverpool melebihi 4 mata untuk menggungguli carta liga, dan Benitez semestinya tidak akan ada sekelumit pun rasa kasihan untuk mengalahkan bekas kelabnya nanti.

Newcastle setakat ini hanya dikalahkan oleh Chelsea, Manchester City, Arsenal dan Manchester United di musim ini dan Benitez berkata, dalam setiap perlawanan tersebut, Magpies lebih berhak untuk menang.

Terlalu awal untuk menggelar Liverpool pilihan juara liga, namun Benitez tidak menafikan yang Liverpool dan City adalah 2 pasukan yang dilihat antara pencabar kuat.

Dengan Liverpool berada dalam prestasi terbaik diketika ini, sudah pasti akan memberi saingan sengit kepada pasukannya nanti, jelas Benitez.

Apa yang penting, Newcastle hanya perlu untuk fokus dengan sepenuhnya. Rancangan telahpun dirangka untuk mengalahkan Liverpool, dan jika berjaya dengan Reds membuat kesilapan, Benitez yakin Newcastle akan menang.

Kerana, untuk mengalahkan pasukan atasan seperti Liverpool, Newcastle perlu melakukan semuanya dengan terbaik, dan jika nasib menyebelahi mereka, Liverpool akan pasti dapat dikalahkan. 😱

Bagi Benitez, skuad Liverpool sekarang adalah yang terbaik, berbanding dengan beliau dahulu skuad yang memenangi Liga Juara-Juara 2005, hanya masalah kewangan yang membezakan beliau dengan Klopp.

Dengan tidak dibebani masalah kewangan, Klopp berupaya untuk membawa masuk pemain yang lebih baik. Oleh itu, apabila Liverpool menandatangani Fabinho dan Keita, disamping mengekalkan Henderson dan Wijnaldum, bermakna Klopp menyimpan pemain yang baik dan membawa masuk pemain lain yang baik juga, sudah pasti skuad akan menjadi lebih terbaik.

Pembangunan Klopp buat Liverpool kini mula diiktiraf, dengan mempunyai pasukan utama yang terbaik dan skuad kedua yang kuat, supaya boleh menukar pemain dan dalam masa yang sama masih mempunyai yang hebat-hebat juga.

Dengan kembalinya ke Anfield malam ini, Benitez cuma berharap untuk menikmati perlawanan, dengan berjumpa semula dengan rakan-rakan lama beliau, dan beliau cukup gembira sekiranya dapat memenangi perlawanan untuk dibawa pulang hadiah terindah ke Newcastle.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : The Telegraph

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds