Rakan Negara Van Dijk, Stefan de Vrij Sah Tinggalkan Lazio Sebagai Agen Percuma

Stefan de Vrij telah sah meninggalkan Lazio pada hujung musim ini dan ianya akan meningkatkan potensi kelab yang berminat iaitu Man Utd dan Liverpool mendapatkan pemain ini.

Pengarah Lazio, Igli Tare telah menyakan perkara ini dan mungkin ini akan menyebabkan dua kelab yang sebelum ini paling berminat mendapatkan pemain ini akan mula mengfokuskan meminotorkan pemain ini.

Pengarah Lazio itu bercakap dalam Football Italia bahawa skuad daripada Itali itu tidak menggunakan peluang untuk memperbaharui kontrak pemain ini. Jadinya, pemain ini akan berpindah keluar selepas hujung musim ini.

Pemain antarabangsa Belanda ini adalah agen percuma sejak 6 bulan lepas dan skuad Lazio telah menolak sebarang perpindahan pemain ini pada awal musim lepas.

“Kami menolak daripada tawaran untuk memperbaharui kontrak bagi pemain ini sebelum yang yang ditawarkan kepada De Vrij. Kami menolak atas sebab yang akan dimaklumkan lagi nanti. Ianya adalah satu keputusan selepas banyak siri perbincangan uang dilakukan. Dan ini adalah limitasi kepada sesuatu perkara. “

 

Pengarah Lazio itu turut menceritakan tentang bagaimana Lazio masih bersikap terbuka sebelum ini dan akhirnya memutuskan untuk tidak meneruskan perbincangan kepada pemain ini untuk baharui kontrak.

“Dia adalah pemain yang profesional. Kami berterima kasih kepadanya hinggalah akhir usim ini. Pemain ini telah berikan segalanya yang banyak kepada kelab, sepertimana kami berikakan semula kepadanya. Namun, perjalanan untuk hubungan ini akan berakhir pada Jun nanti.”

Keputusan ini dilakukan disebabkan perbincangan yang dilakukan di antara Lazio dan de Vrij telah melibatkan hampir 2 tahun sebelum ini untuk memperbaharui kontraknya di Lazio.

“Ianya nampak lebih adil. Ini bukan satu masa untuk ceritakan sebab keputusan ini dilakukan. Kami perlu respon dan ianya telah dimaklumkan seperti petang ini.”

Lazio seolah ‘redha’ dan akan ‘move on’ dengan keputusan yang dilakukan ke atas pemain ini.

“Adalah lebih baik untuk melihat ke hadapan, seperti mana Lazio yang telah berkembang sejak beberapa tahun ini dan ami akan teruskan perkembangan ini. Kerana sentiasa tidak kehilangan pemain (dalam jumlah yang besar)>”

Dilaporkan skuad Lazio tidak mahu mengikut telunjuk yang dimahukan oleh agen dan pemaib bek tengah ini. Perbincangan telah dilakukan sejak 2 musim perpindahan yang lepas. Walaupun banyak kelab mahukan pemain ini, namun, ianya tidak diendahkan.

2 kelab yang ketaranya mahukan pemain ini adalah United dan Liverpool. Namun, beberapa kelab lain seperti Man City, Juventus dan Milan mungkin mampu untuk memotong selekoh.

Pemain berusia 26 tahun ini mungkin dilihat sebagai solusi harapan bagi menyelesaikan banyak masalah yang berlaku di barisan bek tengah bagi mana-mana kelab khasnya kepada Liverpool dan Man Utd.

Dengan tiada sebarang nilai perpindahan yang berlaku di antara De Vrij dan Lazio, pemain ini bakal menjadi pemain paling hangat yang ingin dimiliki oleh pasukan terhebat terutama sebeleum sepak mula Piala Dunia 2018.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts