Rakyat Malaysia Berbelanja Untuk Papan Iklan Liverpool Di Jalan Raya

Mungkin seluruh peminat di Malaysia boleh berbangga terutama kepada penduduk di Sarawak yang sangat ‘ekstrim’ menunjukkan kecintaannya terhadap Liverpool.

Kejadian ini menjadi viral setelah Liverpool berjaya layak ke peringkat Suku Akhir Liga Juara Eropah setelah menewaskan Porto dalam agregat 5-0.

Dalam perlawanan pertama di Portugal, Liverpool telah membenam dengan selesa pasukan Porto dengan 5-0 dan perlawanan timbal balik di Anfield berkesudahan dengan seri 0-0. Ianya sudah cukup untuk menjadikan Liverpool layak bersama Real Madrid, Bayern Munich, Juventus, FC Barcelona, Sevilla, Man City dan AS Roma ke peringkat Suku Akhir pada hujung bulan ini nanti.

Liverpool baru sahaja menerima kekalahan menentang Man Utd dengan keputusan 2-1 hasil jaringan keduanya oleh Marcus Rashford serta gol sendiri daripada pertahanannya Eric Baily.

Bagi pasukan England, hanya Liverpool dan Man City sahaja layak namun Chelsea, Tottenham Hotspur dan Man Utd masing-masing tewas di peringkat 16 pasukan terbaik.

Papan iklan ini, dipaparkan tersegam indah menggunakan teknologi LED berdekatan dengan Taman Heritage Petra Jaya, Sarawak.

Dilaporkan oleh Sarawak Edition, papan iklan ini menelan belanja sewaan sekitar RM 600, demi untuk dipaparkan bermula jam 6 petang hingga tengah malam (waktu puncak).

Apa yang dipaparkan di papan iklan itu adalah:

” This Is Anfield. Tahniah Liverpool FC kerana Layak Ke Uefa Champion League 2018″ – Daripada PJ LFC & LFC Borneo

Dalam petikan yang sama, Sarawak Edition menulis menggunakan bahasa Melayu Srawak.

““Kitak sik akan bejalan seorang”
respek brother tok 👍🏻😁
*fans team lain bila gik 😂😂”

Ianya bermaksud, anda tidak akan berjalan berseorangan dan tabik hormat kepada yang membuatkannya. Peminat kelab lain bila lagi.

Terjemahan asas bahasa Sarawak

  • Kitak = Kamu, Anda

  • Kamik = Saya

  • Tok = Penyedap bahasa (seperti boh untuk bahasa pantai timur, jang untuk negeri sembilan)

  • Gik = Lagi

https://web.facebook.com/sarawakedition/videos/615023298862563/

Walaupun anda tidak melalui jalan tersebut dan hanya menonton video ini, anda pasti tersenyum lebar melihatnya.

Yang pastinya, anda tidak akan tersenyum lebar seorang diri…..

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts