Ramalan Liverpool Mengenai Perpindahan Coutinho Ke Barca “Hampir Tepat”

Beliau sememangnya sudah mengetahui keadaan beliau bakal menjadi lebih sukar dari Anfield.

Dan apa yang diperkatakan dahulu….. hampir menjadi kenyataan.

Pemain dari Brazil itu memaksa perpindahan dilakukan pada Januari 2018 setelah Liverpool menolak tiga bidaan untuk pemain tersebut pada musim panas sebelumnya.

Coutinho sangat menginginkan perpindahan itu – meskipun sebelum itu mendakwa beliau hanya akan menjadi “salah seorang pemain sahaja” di kelab kelab seperti Barcelona, Bayern Munich dan juga Real Madrid.

Menurut Coutinho pada Mei 2017 :

“Kekal di sini dan di akhirnya mereka akan membina tugu untuk saya”.

“Berhijrah ke tempat lain seperti Barcelona, Bayern Munich dan Real Madrid – anda akan menjadi sebahagian pada pemain mereka. Di sini saya boleh mencapai sesuatu dalam kerjaya saya”.

Dan sekarang Coutinho mengalami kesukaran untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama Barcelona, dan baru baru ini Ernesto Varvelde telah memaklumkan kepada pemain itu untuk merebut tempatnya kembali.

Pemain itu hanya menjaringkan gol pertamanya sejak Oktober dengan Barca tumpas kepada Levante dalam perlawanan Copa Del Rey ketika itu.

Menurut Varvelde selepas perlawanan tersebut :

“Jika anda tidak bermain dan kecewa tidak diturunkan, anda harus berjuang untuk mendapatkan peluang lain. Hari ini adalah permulaan untuk itu”.

“Coutinho adalah pemain yang hebat dan banyak menyumbang kepada kelab dan selepas ini akan menyumbang lebih daripada ini”.

ADMIN

Sejak pemergian Coutinho Liverpool telah berjaya melangkah ke Final UCL, menduduki tangga teratas liga untuk musim seterusnya dan dapat membawa masuk Alisson, Fabinho dan Shaqiri.

Thanks a lot!

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman