Rancangan 6 Tahun Michael Edwards & FSG Dalam Mensensasikan Polisi Perpindahan Liverpool Berjaya

Liverpool Echo bercakap dengan wartawan bola sepak Sunday Times Jonathan Northcroft, bagi melihat pasukan yang berada di belakang Jurgen Klopp.

Bukan hanya terkait dengan permulaan yang mengagumkan di musim ini, dan tentang tanpa kalah Liverpool di Liga Perdana setakat ini, tetapi juga berkenaan penglibatan tiga tahun Jurgen Klopp membimbing Reds.

Klopp meraikan ulang tahunnya sebagai bos Reds pada hari Isnin lalu bersamaan 8 Oktober, sementara trofi yang pertama beliau masih belum lagi dapat dijulang, namun tidak ada keraguan tentang hal tersebut kerana, Klopp telahpun berjanji sebelum ini pada hari pertama beliau menjejakkan kaki ke Anfield dengan menyeru ubah ‘ragu-ragu kepada percaya’.

Wartawan bola sepak Sunday Times Jonathan Northcroft, juga menjelaskan bagaimana revolusi Klopp telahpun dipelopori sebelum kedatangannya lagi, iaitu tiga tahun sebelum itu pada 2012, yang mana presiden FSG sekarang Mike Gordon mengambil alih kelab dan kemudiannya mempromosikan Michael Edwards sebagai pengarah prestasi teknikal.

Dan Northcroft tegas mengatakan, hubungan antara Edwards, yang kini menjadi pengarah sukan Liverpool, Gordon dan Klopp merupakan yang sebenar-benarnya ‘fab three’ bagi Liverpool, dan bukannya trio serangan Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino, yang Edwards dan pasukannya telah rekrut dan yang telah Klopp kembangkan bakat mereka menjadi pemain bertaraf dunia.

Kata Northcroft lagi kepada Echo, tiga tahun Jurgen Klopp di Anfield telah menjadi tumpuan hebat buat para peminat Liverpool sendiri, tetapi ianya tidaklah semudah itu.

Yang mana, ianya menjadi sebahagian daripada proses yang dimulakan oleh Mike Gordon pada musim panas tahun 2012. Jika umum tidak tahu bagaimana FSG berfungsi, ia adalah gabungan pelabur, yang diterajui oleh tiga pelabur utama iaitu Mike Gordon, John Henry dan Tom Werner, manakala Henry dan Werner yang terlebih dahulu menguruskan Liverpool, tetapi akhirnya Gordon kerana minat dan kepandaian beliau dalam bidang kewangan, telah mengepalai Liverpool kini.

Kenali Siapa Michael Gordon – Lelaki Yang Patut Diberi Kredit Diatas Kecemerlangan Liverpool Kini

Ketiga-tiga mereka telah membuat kemajuan yang banyak kepada Liverpool, tetapi Mike Gordon adalah orang yang sebenar-benarnya yang mahu membawa Liverpool ke tahap yang lebih terbilang.

Ketika dia masuk, pertama sekali keputusan yang dia buat adalah memberi Michael Edwards kuasa untuk membentuk semula jabatan bola sepak, dan mereka menghabiskan tiga tahun bersama untuk mewujudkan struktur yang hebat ini, mendapatkan Dave Fallows dan Barry Hunter untuk tugas ‘scouting’, serta meletakkan Alex Inglethorpe yang bertanggungjawab ke atas Akademi Liverpool.

Mereka juga terlibat sama dalam penandatanganan pemain-pemain seperti Bobby Firmino, Sturridge, dan Coutinho. Malah untuk Salah juga, tetapi mereka tidak dapat untuk bawa Salah ke Liverpool pada ketika itu kerana Brendan Rodgers tidak yakin dengan kemampuan Salah. Jadi, apa yang mereka kurang hanyalah mendapatkan jurulatih yang sesuai untuk apa yang telah mereka bina.

Apabila masuknya Jurgen Klopp, seorang lelaki yang bekerjasama dengan begitu erat sekali dengan ketua eksekutif Hans-Joachim Watzke, dan seorang pengarah sukan Michael Zorc di Dortmund, untuk membina pasukan hebat dari tidak punya apa-apa. Klopp sangat sesuai, dengan banyak lagi yang mempengaruhinya seperti hubungannya dengan penyokong dan cara beliau yang penuh bersemangat terhadap pasukannya, malah lebih daripada itu Klopp menepati dengan syarat struktur yang telah ditetapkan.

Kerana itulah dikatakan Northcroft, Klopp tiba ke Anfield dengan satu mesin yang telah dibina untuknya, dan dia mengambilnya daripada kedua-dua rakan kongsi yang cukup akrab ini, dan itulah cara bagaimana Liverpool moden kini bekerja.

Edwards tetap berada di bawah radar. Gambarnya tidak ada di laman web rasmi kelab sebelum menjadi pengarah sukan pada bulan November 2016.

Tetapi Northcroft telahpun bertemu dengan Edwards dan beliau turut memberi beberapa kata buat lelaki hebat ini.

Yang mana katanya, beliau ingin memberitahu kepada umum, Edwards bukanlah seorang ahli geologi yang duduk di dalam bilik gelap sekadar melihat komputer riba sahaja, yang mungkin juga kebanyakan umum berfikir lagak kebiasaan seorang pakar lakukan.

Michael Edwards lebih daripada itu, dia seorang yang sangat terperinci, dia ada Ian Graham yang memiliki otak yang besar ibarat pakar data sebenar, yang boleh membaca segala macam metrik yang luar biasa apabila mereka melihat pemain, kemudiannya dengan Hunter dan Fallows, yang melakukan tugasan tradisional seorang ‘scout’.

Dan Michael Edwards juga adalah seorang pemain. Ini, satu lagi perkara yang perlu diketahui umum juga. Dia bermain untuk Peterborough, yang bekerja rapat juga dengan pemain, jadi secara tidak langsung dia berasal dari latar belakang yang sama seperti seorang pemain, oleh itu bolehlah dikatakan yang Edwards adalah gabungan kedua-dua pendekatan yang diperlukan dalam bola sepak moden.

Ia merupakan satu pendekatan yang memberi dividen tinggi kepada Reds dengan majoriti penandatanganan yang dibuat di bawah Klopp, termasuklah Mane, Gini Wijnaldum, Salah, Andy Robertson, Alex Oxlade-Chamberlain dan Virgil van Dijk, yang telahpun membuktikannya sebelum ini.

Dan, mereka-mereka itu bukanlah kejayaan terawal.

Terdapat yang lebih awal, pada jendela perpindahan Januari 2013, apabila Sturridge dan Coutinho masuk dengan gabungan bayaran sebanyak £ 21 juta, yang merupakan satu urusan perniagaan yang bagus, tapi kemudian di jendela perpindahan yang lain pula, masuknya Benteke, yang dilihat tidak sesuai dengan gaya taktikal pengurus walaupun Brendan Rodgers sangat menginginkannya, seperti juga Iago Aspas, yang sebenarnya merupakan penandatanganan yang baik, tetapi mungkin dia tidak bersedia untuk datang ke England, atau mungkin juga dia tidak sesuai dengan skuad Liverpool pada masa itu.

Kerana itu dikatakan Northcroft, Edwards dan pasukannya berada di laluan yang betul, cuma kadangkala mereka tidak cukup untuk menarik semuanya, dan kini dapat dilihat ia menjadi sesuatu yang bertambah baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Apa yang lebih membantu mereka adalah dengan mempunyai seseorang yang kelihatan jelas dalam apa yang dia mahu terhadap bola sepak, seperti Jurgen Klopp. Dia tidak tergoda hanya untuk mengumpul pemain bintang semata.

Hakikat umum juga sedar akan sangat spesifiknya seorang yang bernama Klopp, dia hanya mahukan pemain yang dia mahu, dan jika dia tidak dapat untuk memilikinya, dia akan bekerjasama dengan pemain sedia ada.

Itu satu cara untuk membantu memperbaiki pasukan, tetapi yang sangat jelas boleh diperkatakan adalah, sejak dua atau tiga jendela perpindahan yang terakhir ini, menjadi sangat sensasi untuk Liverpool.

Admin :

Puas hati baca. Buat kita lebih memahami Klopp secara tidak langsung, dan pengurusan pasukan Liverpool itu sendiri.

Ingat tak lagi, pertama kali Klopp datang ke Liverpool, dia katakan untuk membangunkan Liverpool terlebih dahulu. Bukan setakat pasukan beliau bangunkan, malah mentaliti penyokong juga berjaya beliau pertingkatkan.

Jangan lupa, kita berpegang kepada, ‘doubters into believers’.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Liverpool Echo

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds