Rata-rata Peminat LFC Tidak Sabar Untuk Berdepan Real Madrid, Tetapi Klopp Punyai Idea Yang Lain

Bos The Reds menyuarakan pendapatnya tentang siapa yang dia mahu dalam 16 yang terakhir di Liga Juara-Juara kelak.

Pasti tiada seorang warga YNWA yang boleh melupakan babak penuh menyedihkan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara musim lalu. Bermula dengan tackle kasar Ramos ke atas Salah, diteruskan dengan kehilangan kekuatan mental dan moral pemain, serta sedikit kesilapan Karius menyebabkan Liverpool pulang dari Kiev dengan tangan kosong.

Liverpool tumpas 1-3 dengan Madrid pada perlawanan itu. Sejak itu, peminat-peminat Liverpool tidak pernah berhenti berharap untuk menebus kekalahan tersebut. Namun begitu, Papa Klopp tidak berfikiran sedemikian.

Jurgen Klopp menafikan bahawa pasukannya mendahagakan perlawanan membalas dendam dengan Real Madrid apabila Liga Juara-Juara kembali pada Februari ini dengan pusingan kalah mati (knockout rounds).

Liverpool telah menempa tempatnya dalam pusingan kalah mati dengan kemenangan 1-0 ke atas Napoli di Anfield pagi tadi.

Selepas perlawanan tadi, seorang wartawan Itali memberitahu Klopp bahawa setiap penyokong Liverpool yang telah bercakap dengannya sebelum perlawanan tadi bermula telah memberitahu bahawa mereka mahu peluang untuk membalas dendam terhadap pasukan (Real Madrid) yang mengalahkan mereka(Liverpool) dalam final Liga Juara-Juara musim lalu.

Dia bertanya sama ada Klopp juga berkongsi hasrat itu.

Bos The Reds tersenyum dan menjawab: “Saya tidak tahu mengenainya. Satu-satunya perkara yang saya tahu ialah banyak peminat ingin mengadakan perlawanan semula terhadap PSG juga.

“Tetapi kami tidak mengatakan sedemikian

“Kami akan menunggu keputusan undian.

“Sehingga malam ini saya tidak pasti kami akan berada dalam peringkat undian tetapi kini kami berada di dalamnya, bagaimana saya boleh duduk di sini dan meminta sebarang pasukan?

“Saya tidak peduli.

“Kami berada dalam kedudukan kedua dalam kumpulan, jadi kami boleh mempunyai lawan yang hebat, kuat.

“Ia adalah satu musim yang panjang, kami akan mulakan pada bulan Februari (2019) dan sehingga itu kami mempunyai kira-kira 30 perlawanan jadi diharapkan kami semua dalam keadaan baik sehingga masa itu.” – (In sha Allah)

Ditanya bagaimana pasukannya telah mencapai satu transformasi menanjubkan selepas lalui situasi yang begitu sengit di Naples pada bulan Oktober, bos The Reds menambah: “Semuanya berubah. Semuanya.

“Jika perlawanan pertama itu adalah baik untuk apa-apa, maka mereka(Napoli) tidak tahu apa yang kami sebenarnya, kerana itu bukan kami di Napoli. Itu adalah orang lain.

“Kami boleh membuat perbincangan selama enam jam mengenai permainan itu kerana kami membuat banyak kesilapan. Tetapi kami memutuskan untuk mengabaikannya dan menumpukan perhatian pada perlawanan liga yang akan datang. Jadi malam ini kami melakukan segala yang kami perlu lakukan dan kami bermain permainan yang luar biasa. “

(Admin – The Reds perlu focus untuk memberikan 100% dalam setiap perlawanan, maka manalah mereka ada masa nak fikir pasal revenge. Tapi dalam sudut hati admin yang lembut ni, berharap sangat Liverpool buktikan kepada seluruh pelusuk dunia bahawa Liverpool lagi dasyat dari Real Madrid, juga MU 🙂 )

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Echo

Post Author: Wade Wilson