Rata-Rata Peminat Terpegun Aksi Hebat Naby Keita vs Burnley

.. sehingga meninggalkan kesan dihati seluruh peminat Liverpool, selepas perlawanan Liverpool kalahkan Burnley 3-1.

Gerakan demi gerakan yang dilakukan Naby Keita dari RB Leipzig sebelum berpindah ke Liverpool agak luar biasa hebat, kerana segalanya telahpun diketahui umum, 12 bulan sebelum perpindahan muktamadnya ke Anfield.

Dengan Liverpool membayar sebanyak £ 52.75 juta untuk perkhidmatannya, ternyata Keita tidak mengecewakan setelah mendapat rentak permainan, beraksi bersama Liverpool.

Dan dia begitu mengkagumkan sekali semasa beraksi dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana bagi Liverpool musim ini menentang West Ham, Ogos lalu.

Perlawanan itu, bagaimanapun, merupakan satu-satunya perlawanan liga di musim ini yang Keita telah bermain sepanjang 90 minit, sebelum diturunkan semula dalam perlawanan vs Burnley, awal pagi Khamis.

Hakikatnya Keita begitu bekerja keras, namun nasib belum lagi menyebelahinya, yang mana dalam masa beliau bergiat untuk fahami dan dekati taktikal Liverpool di kebelakangan bulan ini, kapten Guinea ini turut dirundung dengan masalah kecederaan.

Dan kini vs Burnley, dari awal perlawanan lagi Klopp telah menurunkan Keita, sikit tidak banyak dapat menghilangkan rasa teringin para peminat Liverpool untuk menyaksikan aksi persembahan pemain tengah menggalas nombor jersi 8 ini.

Berdasarkan reaksi dari para peminat Liverpool di media sosial yang menyaksikan permainannya, Keita sememangnya sangat hebat.

Keita seolah harapan baru buat Reds, yang bersinar dengan prestasi terbaik  dan tidak mengecewakan.

Peminat Liverpool kagum dengan cara dia memintas lawan lalu membuat ‘tackle’, manakala etika kerjanya juga dipuji. Seumpama pilihan Klopp adalah sangat tepat lagi begitu meyakinkan sekali membawanya ke Anfield.

Malah, keyakinan itu kini bertukar menjadi satu rasa kepercayaan yang tinggi lantas bersetuju, yang Keita harus diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool setiap minggu.

Walaupun beliau tidak menjaringkan gol, Keita memainkan peranannya yang tersendiri dalam membantu Reds meraih kemenangan yang ternyata tidak ternilai.

Malah lebih daripada itu, Keita
hampir memecah kebuntuan pada separuh masa kedua tetapi cubaan gol sulungnya untuk Liverpool itu, ditepis penjaga gol Burnley.

Namun, atas kesungguhan beliau, tetap dinobatkan pemain terbaik perlawanan pilihan peminat Liverpool. 👏👏👏

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Twitter

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds