RB Leipzig “Membahan” Liverpool Selepas Kegagalan Mendapatkan Naby Keita Lebih Awal

Kelab Bundesliga ini enggan melepaskan pemain ini lebih awal.

Liverpool sebelum ini telah mengaktifkan klausa pelepasan pemain ini, dengan Naby Keita hanya akan menyertai Liverpool pada 1 Julai 2018.

Namun kelab ini tetap tidak mahu melepaskan pemain ini lebih awal apabila Jurgen Klopp dilaporkan mahu mengukuhkan lagi skuad selepas penghijrahan Coutinho ke Barcelona.

Dan menerusi laman Twitter rasmi RB Leipzig memuatnaik satu video untuk meraikan bahawa berakhirnya musim perpindahan Januari 2018.

Tweet itu berbunyi “Ianya 1 Februari!” dengan foto GIF Naby Keita sedang menari.

Bulan lepas, pengarah sukan Leipzig Ralf Rangnick mengesahkan bahawa pemain itu akan kekal di kelab itu hingga hujung musim ini dengan menyatakan :

“Kami tidak membenarkan Liverpool mendapatkan pemain ini lebih awal”.

“Seperti yang diketahui umum, kami bukanlah kelab yang menjual pemain, walaupun adanya kemungkinan bayaran perpindahan untuk pemain ini dinaikkan. Itu bukan masalah”.

Keita merupakan salah seorang pemain yang menyerlah musim ini dengan menjaringkan 6 gol dari 22 penampilan.

ADMIN

Difahamkan jika Liverpool layak ke UCL musim depan, Leipzig difahamkan hanya menerima £48 juta dan jika tidak layak, Liverpool terpaksa membayar £66 juta.

Mereka mahukan nilai gadaian lebih tinggi dengan ‘melemahkan’ Liverpool?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman