RB Leipzig Ucapkan Salam Perpisahan Yang Hebat Buat Naby Keita

Setelah semusim, akad nikah dilafazkan, kini tibalah masanya Naby Keita datang ke Anfield untuk jalani satu ikatan hubungan yang sah bersama Liverpool.

Tanpa perlu lagi berahsia atau berselindung, hubungan suci lagi murni ini bakal disaksikan ramai pada Julai 2018.

Tapi, Leipzig sesekali tidak salahkan Keita, terima dengan hati yang tabah, kerana redha menganggap, jodoh mereka setakat itu sahaja.

Keita juga, bukan seseorang yang seperti ‘kacang lupakan kulit’, perpisahan di pinta dengan cara yang bermaruah, selayaknya seorang ‘jantan’.

Leipzig pasrah, mengakhiri hubungan mereka dengan kenangan yang terindah, supaya tidak akan timbul benci kelak diantara mereka.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : RB Leipzig | Naby Keita IG

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Related posts