Respon Jurgen Klopp Mengenai Liverpool Berjaya Memeterai Perjanjian Nabil Fekir

Laporan beberapa akhbar mengatakan bahawa Liverpool telah memeterai perjanjian ke atas pemain Lyon tersebut adalah rekaan semata-mata.

LIVERPOOL, ENGLAND – OCTOBER 19: Nabil Fekir of Lyon evades Nikola Vlasic of Everton during the UEFA Europa League Group E match between Everton FC and Olympique Lyon at Goodison Park on October 19, 2017 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Ross Kinnaird/Getty Images)

Liverpool memutuskan untuk menjauhkan diri dari laporan yang mengatakan bahawa mereka telah bersetuju dengan perjanjian untuk menandatangani kapten Lyon, Nabil Fekir.

Berita dari RMC Sport di Perancis yang mendakwa pada hari Ahad lalu Reds telah membuat kesepakatan untuk pemain tengah menyerang berusia 23 tahun itu.

Ia juga dinyatakan yang bekas pengurus Liverpool, Gerard Houllier memainkan peranan dalam membantu memeterai perjanjian itu, yang akan menelan belanja £ 60 juta ditambah bonus.

Bagaimanapun, difahamkan laporan itu begitu jauh dari sasaran, walaupun Reds berminat menguatkan barisan serangan dan pilihan penyerang pada musim panas ini.

Klopp ditanya selepas perlawanan dimana pasukannya kalah 1-0 ditangan Chelsea. bos Liverpool itu turut terkejut dengan berita tersebut.

Jurgen Klopp ditanya mengenai laporan itu selepas kekalahan Liverpool 1-0 ke Chelsea dalam Liga Perdana Ahad.

“Semasa perlawanan sedang berlangsung dan kami bersetuju dengan perjanjian?”

“Saya akan terkejut secara jujurnya. Tiada komen.”

Klopp juga menjawab secara berseloroh yang mendakwa Liverpool berminat dengan Ousmane Dembele di Barcelona.

“Siapakah nama kedua? Dembele? Oooh, adakah dia berada dalam pasaran? Sekarang saya berminat!”

“Saya tidak pernah mengulas tentang khabar angin perpindahan. Saya selalu mengatakan lebih daripada yang biasanya.”

Buat masa ini khabar angin hanyalah asam garam dalam kehidupan. ada sumber yang boleh dipercayai. Namun kali ini ia hanya mahu melariskan akhbar mereka sahaja. Klopp mudah saja, dia akan beli mana yang lebih mustahak.

Dengan kehadiran Naby Keita pada musim hadapan mungkin Nabil Fekir bukanlah sasaran utama tapi sepatutnya adalah pemain diposisi yang bakal ditinggalkan pada musim hadapan. Anda tahu apa yang saya maksudkan.

Secara jujurnya jika benar Fekir ditandatangani oleh Liverpool pun agak bagus sebenarnya bagi menambah demensi dan memecah pertahanan pasukan lain yang bermain agak defensif ketika menentang Liverpool.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Carra