Respon Klopp Terhadap Komen Gary Neville : “Datang Sini & Jelaskan!”

Bekas pemain Man United itu menyatakan Liverpool harus mengenepikan cabaran UCL untuk memberikan tumpuan kepada EPL musim ini.

Dan Jurgen Klopp membalas kembali terhadap komen Gary Neville itu untuk datang ke Liverpool dan jelaskan “teori” beliau menerusi pandangannya.

Minggu ini, Gary Neville bercakap kepada Times bahawa Liverpool harus “melupakan” kancah UCL bagi memberikan tumpuan penuh untuk mendakap kejuaraan liga.

Menurut Neville :

Jika saya di Liverpool, saya akan mengenepikan cabaran UCL”.

“Saya tahu ianya sukar dilakukan namun jika mereka melihat kepada bulan Februari, Mac dan April tanpa UCL, saya berpendapat mereka boleh menggunakan minggu itu untuk tumpuan latihan”.

“Kenapa? Saya menganggap pendekatan Liverpool sekarang meletihkan barisan serangan mereka. Kualiti persembahan turut menurun jika terdapat kecederaan atau perlawanan pada hari Rabu”.

Namun Klopp tidak mengendahkan cadangan tersebut malahan mahu terus berjuang dalam setiap kejohanan yang disertai kelab tersebut.

“Bagaimana mahu melakukan itu? Adakah kami tidak layak bermain di UCL? Gary sepatutnya datang ke sini dan menjelaskan bagaimana ianya dilakukan”.

“Bagaimana mahu mempersiapkan pasukan jika tidak berlatih? Adakah dengan membawa skuad remaja dalam kejohanan itu? Itu sungguh lucu”.

“Saya tidak faham apa yang dimaksudkan beliau secara jujurnya. Kami harus bermain. Semua pemain akan bermain dalam UCL dan itu yang kami mahukan, dan kami mahu lakukan yang terbaik dalam setiap perlawanan itu”.

“Itu sebabnya kami mencuba. Dan kita akan lihat selepas perlawanan itu”.

Liverpool dinobatkan selaku naib juara dalam kancah UCL musim lepas, namun hanya mencatatkan 2 kemenangan dari 7 perlawanan terakhir EPL musim lepas.

Namun begitu mereka berjaya menduduki tangga keempat EPL sekaligus berjaya untuk layak ke kancah UCL musim ini.

Dan Klopp membidas kembali apa yang dikatakan oleh pengulas Monday Night Football itu.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang dimaksudkan beliau. Untuk fokus dalam sesuatu kejohanan hanya dilakukan jika kami telah tersingkir atau hampir tersingkir”.

“Saya langsung tidak memikirkan apa yang Gary Neville katakan sebelum setiap perlawanan kami”.

“Dengan hanya duduk di bangku pejabat dan bercakap mengenai bolasepak hanya sesuatu yang berbeza dari apa yang kami lakukan di padang latihan. Namun ianya satu pendapat”.

“Apa yang beliau komen mengenai Manchester United? Tiada?”

ADMIN

Liverpool akan menentang Spurs di Wembley esok dan akan menentang PSG dalam kempen pertama UCL musim ini minggu hadapan.

Sebenarnya Gary Neville ini memberikan komen membina atau “banter” Liverpool?

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman