Rhian Brewster Hampir Pasti Ke Swansea City Secara Pinjaman

Perbincangan klausa kontraknya diselesaikan pada Isnin, dan beliau akan ke Swansea hari ini untuk pemeriksaan kesihatan sekaligus melengkapkan perpindahan sementara beliau ke Wales. 

Laporan The Independent memetik bahawa kedua dua kelab itu telah mencapai persetujuan untuk pemain ini, dengan kelab Swansea itu bersetuju untuk membayar gaji pemain untuk baki musim ini dan juga dikenakan penalti jika syarat syarat klausa antara kedua dua kelab tidak dipatuhi. 

Namun perbincangan itu terhenti seketika apabila pemain itu tidak setuju akan beberapa perkara dalam klausa bersama kelab seperti bonus menjaringkan gol. 

Leeds United dan Bristol City bersedia untuk mengemukakan tawaran buat pemain itu sekiranya perjanjian gagal termeterai, tetapi Brewster sangat berminat untuk bersama Steve Cooper dan masalah itu segera diselesaikan.

Penyerang itu akan ke Wales bagi memuktamadkan perpindahan secara pinjaman itu. 

Rhian Brewster yang hanya bermain dalam dua perlawanan bersama Liverpool musim ini, menyerlah ketika pengurus Swansea itu menjadi pengurus England Bawah 17 Tahun. 

Beliau telah memenangi anugerah Kasut Emas ketika kejohanan Piala Dunia Bawah 17 Tahun ketika 2017, namun beliau telah dirundung kecederaan pada Januari 2018 hingga memerlukan pembedahan. 

Sebelum ini Brewster telah menolak untuk berpindah ke Bundesliga dengan pemain itu memilih untuk kekal di Liverpool namun mendapati beliau berada di belakang trio serangan Mo Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino. 

Jurgen Klopp masih memandang tinggi sumbangan beliau dengan merasakan peminjaman itu akan memberikan beliau lebih minit permainan dan akan membantu pemain itu. 

ADMIN

Susah nak tembusi skuad utama Liverpool sekarang. Even Brewster juga hadapi saingan beberapa pemain lain Origi, Minamino dan Shaqiri. 

Good luck at Wales, Brewster. YNWA.

Sumber : Melissa Reddy – Independent

Post Author: Mohd Nuruzzaman

Leave a Reply