Ringkasan Cerita Perjalanan Liverpool Untuk Membida Allison

Liverpool telah lama dikaitkan dengan penjaga gol ini namun perbincangan untuk perpindahan tidak berlaku hinggalah beberapa hari lepas.

Saga perpindahan ini telah diikuti dengan penuh minat oleh segenap penyokong Liverpool sejak Januari lagi. Dan sekarang ia telah hampir mencapai tahap kemuncak di mana kedua dua kelab telah mencapai persetujuan untuk pemain ini.

Liverpool telah mendapat kebenaran untuk bercakap dengan pemain ini. Mungkin Chelsea akan datang dengan bidaan lewat tetapi Liverpool jauh mendahului Chelsea.

Dan laporan ECHO mengimbas semula segala perkaitan awal hinggalah Liverpool membuat keputusan untuk mendapatkan khidmat pemain ini semalam.

12 JANUARI :

Tiada Bidaan Untuk Penjaga Gol Pada Januari.

Dengan wang penjualan Phillippe Coutinho telah didapati, namun Liverpool tidak berhasrat untuk mendapatkan penjaga gol baru dan memberikan peluang buat Karius menjadi penjaga gol nombor 1 kelab.

16 FEBRUARI

Liverpool Menghentikan Usaha Memburu Allison

Dengan Karius memberikan aksi terbaik beliau sepanjang bulan itu, Liverpool tidak lagi berhasrat memburu Allison. Malahan juga telah memberitahu kepada wakil pemain itu supaya tidak mengharapkan apa apa bidaan dari kelab musim panas depan.

24 APRIL :

Liverpool Menjaringkan 5 Gol Melepasi Allison

The Reds berjaya menewaskan Roma di Anfield dalam aksi Separuh Akhir UCL dengan jaringan 5 – 2, namun kesemua gol itu bukanlah berpunca dari kesilapan beliau.

02 MEI :

Allison Tertarik Dengan Khabar Angin Ke Liverpool

Beliau berkata :

“Sudah pasti khabar angin itu jika logik bakal menggembirakan saya”.

27 MEI :

Liverpool FC Menyasarkan Allison

Setelah berakhirnya kempen UCL dengan kekecewaan yang ditimbulkan oleh Karius, Klopp mahu menilai semula posisi penjaga gol itu dan Allison berada dalam senarai pemain berpotensi.

03 JUN :

Allison Kembali Ke Anfield.

Kali ini dengan bersaksikan peminat Brazil, keputusan yang amat menggembirakan buat Allison dengan Brazil menewaskan Croatia dengan jaringan 2 – 0.

06 JUN :

Ejen Bobby Memainkan Peranan

Menerusi satu temubual, Firmino berkata :

“Allison ada bertanya bagaimana kehidupan di Anfield dan saya berharap beliau akan ke sini”.

12 JUN :

Madrid Mahu Mendapatkan Allison

Real Madrid mahu mendapatkan khidmat Allison musim hadapan namun Allison berkata :

“Tiada sebarang bidaan rasmi yang diberikan kepada saya. Saya mempunyai kontrak di Roma dan saya amat gembira di sana”.

16 JUN :

Real Madrid Mengendurkan Hasrat Untuk Allison

Fiorentino Perez memberikan komen mengenai perpindahan Allison :

“Anda boleh menyatakan hanya Liverpool sahaja yang mampu membayar 78 juta Euro untuk Allison”.

22 JUN :

Allison Lebih Memilih Ke Real Madrid

Dengan Liverpool sedang memerhati pasaran perpindahan untuk penjaga gol, namun bukan Nick Pope atau Thomas Strakosha. Dan berita yang kurang enak – Allisom lebih berminat ke Madrid berdasarkan laporan di Spain.

27 JUN :

Allison Tidak Dapat Tidur Disebabkan Liverpool

Namun ianya tidak melibatkan perpindahan, dan ianya cuma mimpi beliau setelah Liverpool membolosi gawangnya sebanyak 5 kali.

06 JULAI :

Peluang Untuk Karius Memulakan Hidup Baru

Sekali lagi Jurgen Klopp meletakkan harapan tinggi untuk Loris Karius sambil menyatakan perpindahan untuk Allison tampak sukar dilakukan.

10 JULAI :

Roma Akan Mempertimbangkan Tawaran

Pengerusi Roma, Monchi menegaskan bahawa setiap bidaan untuk Allison akan diteliti dan akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

12 JULAI :

Karius Melakukan Kesilapan – Ward Dilantik Menjadi Penjaga Gol Nombor 1

Sekali lagi Karius melakukan kesilapan pada perlawanan menentang Tranmere, dan Ward akan diberikan peluang menjadi penjaga gol utama pula.

17 JULAI :

Liverpool Membida Allison

Liverpool akhirnya membida penjaga gol Roma itu dengan nilai melebihi £60 juta, dengan kedua dua kelab melakukan perbincangan awal.

18 JULAI :

Kedua Dua Kelab Mencapai Persetujuan

Akhirnya kedua pihak mencapai persetujuan untuk perpindahan Allison bernilai £66.8 juta. Kebenaran telah diberikan untuk bercakap dengan pemain.

ADMIN

Sekarang kita hanya menunggu persetujuan dicapai dan seterusnya …. Akan dinantikan.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman