Ringkasan Perpindahan Keluar Liverpool Secara Pinjaman Atau Tetap Setakat Ini

Sekurang kurangnya 5 pemain telah dipinjamkan ke kelab lain musim ini, dan akan lebih ramai akan bermain di kelab lain menjelang pintu perpindahan ditutup.

Liam Millar telah menyertai Kilmarnock secara pinjaman sekali lagi, selepas dipinjamkan ke kelab yang sama pada Januari lepas. Beliau telah melakukan 14 penampilan bersama kelab ketika musim lepas dan menandatangani kontrak baru pada Januari.

Taiwo Awoniyi pula menyertai Mainz di Germany dengan pinjaman semusim. Pemain berusia 21 tahun ini telah menjaringkan 14 gol dalam semua kejohanan bersama Gent dan Mouscron pada musim lepas.

Harry Wilson menyertai Bournemouth secara pinjaman semusim. Pemain ini akan cuba mendapatkan pengalaman beraksi di Liga Perdana Inggeris di bawah Eddie Howe setelah beraksi dalam Liga Championship musim lepas. Harry Wilson telah mempamerkan prestasi baik bersama Derby County musim lepas dengan 18 gol dari 49 penampilan. Sebelum ini beliau telah beraksi dalam kesemua perlawanan pramusim.

Selain itu Nathaniel Phillips telah menandatangani kontrak baru sebelun menyertai Stuttgart secara pinjaman semusim. Phillips belum lagi melakukan penampilan senior namun terlibat dengan skuad Klopp dalam kunjungan pramusim baru baru ini.

Manakala kapten Liverpool Bawah 23 Tahun dan juga pemain Scotland Bawah 21, George Johnstone melengkapkan perpindahan beliau ke Feyenoord.

ADMIN

Mungkin ada beberapa nama lagi yang akan dikeluarkan secara tetap atau pinjaman seperti Ryan Kent.

Sumber : Liverpool FC

Post Author: Mohd Nuruzzaman