Robbo Mempunyai Nama Baru Untuk Origi

Pemain Beligium itu menjaringkan 2 gol untuk membantu Liverpool mencatatkan kemenangan besar 5-2 pagi tadi. 

Pemain pertahanan kiri Liverpool tersebut memberikan pujian kepada Lord Origi yang bermain sangat bagus dalam kemenangan keatas musuh setempat, Everton. 

 Origi adalah salah satu pemain yang dirombak oleh Jurgen Klopp dalam perlawanan pagi tadi selain Shaqiri dan Lallana.

Walaubagaimanapun, keputusan bos Liverpool tersebut memberikan pulangan yang baik dengan Origi menjaringkan 2 gol untuk meneruskan rentak cemerlang Liverpool dalam kempen EPL di Anfield.

Pemain berjersi 27 tersebut menewaskan Pickford untuk gol pertama Liverpool hasil lorongan menarik Sadio Mane dan hantaran jauh yang sangat cantik Lovren tepat ke kaki beliau, mengawal bola dengan sentuhan pertama yang cantik dan menewaskan Pickford buat kedua kalinya. 

Ianya adalah persembahan yang menarik dari Origi untuk perlawanan besar, sesuatu yang menjadi kebiasaannya dalam perlawanan besar seperti ini. 

Dia membintangi perlawanan penting seperti membenam Barcelona ketika separuh akhir UCL, menjaringkan gol untuk menewaskan Tottenham Hotspur di Final UCL dan paling diingati apabila gol minit akhirnya membantu Liverpool memenangi perlawanan menentang Everton hasil kesilapan Pickford musim lalu.

Dengan semua perkara indah tersebut, Andy Robertson memberikan pujian kepada beliau dilaman sosial Twitter nya. 

Tweet tersebut cukup menghiburkan buat penyokong Liverpool yang mengikuti beliau di Twitter.

Senyuman ni pun sukar dilupakan semua penyokong Liverpool. Haha

Dengan kemenangan Leicester City 2-0 keatas Watford pagi tadi. Liverpool kekal dengan jarak 8 mata. Liverpool tetap unggul di persada liga selepas 15 perlawanan. 

Admin :

Tweet dari Robbo tidak pernah mengecewakan. Ada saja kelakar dia ni walaupun GOAT yang baru menang Ballon D’Or pun koyak dengan beliau ketika Barcelona tewas 4-0 di Anfield. 

 

Post Author: Nazz Adam