Roberto Firmino Meraih Anugerah Pemain Terbaik Standard Chartered Untuk Januari

Beliau mengatasi rakan sepasukan Mohamad Salah menerusi undian di atas talian.

Dan pemain itu memberi ucapan penghargaan kepada peminat sejurus beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Bulan Standard Chartered, dengan 3 gol dari 6 perlawanan pada Januari lepas.

Jaringan terbaik beliau adalah semasa kemenangan 4 – 3 Liverpool ke atas Man City, apabila memenangi bola dari John Stones dan melakukan sepakan lambung melepasi Ederson.

Menurut beliau menerusi LFC.TV :

“Saya gembira menerima anugerah ini untuk dinobatkan sebagai pemain terbaik bulanan dan saya berharap akan meraih lebih banyak anugerah selepas ini. Saya menghargai peminat yang mengundi saya”.

“Gol yang saya minati adalah ketika menentang Man City. Ketika itu kami bermain sebagai satu pasukan untuk mencapai kemenangan”.

Salah telah memenangi anugerah itu sebanyak 4 kali musim ini berada di belakang Firmino, manakala Andy Robertson di kedudukan ketiga. Alex Oxlade Chamberlain dan Emre Can masing masing di kedudukan keempat dan kelima.

ADMIN

Tahniah Roberto Firmino. YNWA.

Sumber : James Pearce – Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman