Roberto Firmino Terlepas Dari Hukuman Oleh FA

Mason Holgate mendakwa pemain dari Brazil itu mengeluarkan kata kata berbau perkauman ketika perlawanan Merseyside Derby dalam kempen Piala FA.

Badan induk bolasepak England itu telah mengeluarkan kenyataan bahawa Firmino tidak melakukan kesalahan tersebut dan disambut baik oleh Holgate, yang pada masa yang sama menyatakan mengapa pihak FA terlalu lama menyiasat perkara tersebut.

Pihak FA telah mengambil masa lebih 6 minggu untuk menyiasat insiden itu ketika pertembungan di Anfield pada 05 Januari 2018.

Insiden itu berlaku apabila Firmino mulanya ditolak dengan keras oleh Holgate ke tempat duduk penonton, dan kembali bertengkar selepas itu dan dilihat Firmino mengucapkan sesuatu dalam bahasa Portugis berdasarkan rakaman kamera.

Selepas itu Holgate bertindakbalas dengan mengadu kepada pengadil perlawanan di mana beliau menyatakan dicemuh dengan perkataan berbau perkauman, dan insiden itu direkodkan di dalam laporan perlawanan oleh pengadil.

Dan selepas 50, dengan berbincang hampir 12 pemain dan barisan jurulatih kedua dua pasukan telah menyatakan tiada sesiapapun yang mendengar tentang apa yang dikatakan Firmino itu.

Pakar linguistik dan rakaman video turut dipanggil untuk membantu siasatan dan menyatakan Firminp tidak menyatakan mengenai apa yang didakwa kepada beliau.

Berikut adalah kenyataan daripada FA England :

“Berdasarkan pertimbangan ke atas bukti bukti yang diberikan, ianya tidak cukup untuk mengenakan tindakan ke atas Firmino”.

Dan berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Firmino :

“Secara umumnya saya sukar untuk untuk menutup apa yang pihak lain katakan kepada saya dengan serius dan merosakkan reputasi saya mengenai dakwaan itu, tetapi saya memperlihatkan rasa hormat kepada proses siasatan untuk membolehkan hasil siasatan dilakukan dengan lancar”.

“Ianya satu situasi yang kritikal untuk menangani isu perkauman dalam bolasepak dan sebarang bentuk diskriminasi adalah sesuatu yang dilarang sama sekali. Bagi seseorang seperti saya yang pernah dicemuh secara perkauman ketika kecil, ianya sesuatu yang melukakan hati dan menyakitkan”.

“Sekarang keputusan siasatan telah dikeluarkan dan saya mahu menyatakan bahawa saya tidak menyatakan sebarang perkataan tersebut dan apa sekalipun ayat mengenai perkauman sepertimana yang telah digembar gemburkan oleh media”.

“Saya juga tidak menggunakan sebarang bahasa untuk menggambarkan apa jua bangsa. Saya tidak akan menggunakan sebarang perkataan yang melambangkan warna kulit atau budaya kaum lain dengan tujuan menghina ketika provokasi atau pertengkaran”.

ADMIN

Roberto Firmino tidak melakukan perkara tersebut. Diharap beliau selepas ini akan terus fokus bersama Liverpool.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman