‘Rock and Roll’ – Lagenda Barcelona Lontar Pujian Kepada Liverpool Setelah Kalahkan Arsenal

Lagenda yang merupakan pemain pertahanan ini, Carles Puyol telah memuji Liverpool, selepas menang penuh bergaya keatas Arsenal di Anfield.

The Reds mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris dengan 9 mata lebih, selepas hatrik dari Roberto Firmino membantu Reds mengalahkan Arsenal 5-1.

Pasukan Klopp sebelum ini, telahpun memperoleh pujian demi pujian dari seluruh dunia kerana gaya permainan yang laju dan sangat seronok untuk disaksikan, dan kini terbaru, dilihat telah berjaya menarik minat Puyol pula, yang telahpun memenangi penghormatan yang tak terhitung jumlahnya bersama Barcelona di peringkat kelab dan Sepanyol sendiri di peringkat antarabangsa.

Lagenda yang merupakan pemain pertahanan Catalan itu, memuat naik status di Twitter beliau, dengan memuji prestasi ‘energatik’ Liverpool, di mana Reds berjuang kembali dari gol awal Arsenal dalam kebangkitan semula untuk mengalahkan Gunners.

Puyol mengatakan, :

Saya suka ‘rock & roll’ #Liverpool.

Sehinggakan di ‘retweet’ semula 11.2 juta pengikutnya di Twitter.

Malah, beliau turut bertukar pandangan dengan bekas pemain Liverpool, dan rakan sepasukan Sepanyol, Luis Garcia, dengan meminta pandangan Garcia tentang apa yang mungkin berlaku dalam perlawanan antara Reds dan saingan Liga Perdana, Manchester City nanti.

Pemain pertahanan Sepanyol itu nampaknya semakin berminat untuk menonton perlawanan Liverpool, dengan Puyol baru-baru ini telah bertanya bila masanya ‘VAR’ akan diperkenalkan di Liga Perdana, berikutan kontroversi penalti terhadap Mohamed Salah dalam pertembungan Reds dengan Newcastle pada ‘Boxing Day’.

Sekiranya dia menyukai apa yang dilihatnya hari ini, semestinya dia akan menantikan pertembungan hebat Liverpool dengan Manchester City yang akan berlangsung di Etihad, Jumaat depan.

Pertama kali suka Liverpool, atau menyaksikan perlawanan Liverpool. ‘OMG’ pasti tersembul keluar dari mulut. 😂

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : Twitter

#ynwa
#oncearedalwaysared🌹

Post Author: Sepet LMreds