Rodgers Menjadi Tetamu Jemputan Dalam Monday Night Football – Dengan Atau Tanpa Carra

Difahamkan lagenda Liverpool itu dalam perjalanan ke London bagi membincangkan insiden beliau bersama Sky Sports.

Dan di saat ini, pelbagai spekulasi telah muncul mengenai masa depan Carragher bersama Sky Sports.

Bekas pemain Liverpool ini dirakam meludah salah seorang peminat Man United bersama anak perempuannya yang berusia 14 tahun setelah kekalahan Liverpool ke atas Man United Sabtu lepas.

Carra difahamkan akan melakukan penampilan dalam rancangan Monday Night Football yang dijadualkan berlangsung hari ini sejurus sebelum perlawanan Stoke City dan Manchester City.

Namun begitu, beliau dijadualkan akan bersiaran dalam rancangan tersebut walaupun pelbagai reaksi peminat mengenai tindakannya tersebut.

Setakat ini tiada sebarang pengesahan samada Carragher akan berada di dalam rancangan itu atau tidak.

Laporan itu turut mendakwa bekas pengurus Liverpool, Brendan Rodgers dijangka hadir sebagai tetamu undangan dalam rancangan tersebut.

Pengurus berusia 45 tahun itu hadir ke studio pada hari ini setelah membimbing Celtic mencatat kemenangan penting dalam perlawanan “Old Firm” menentang Rangers, dengan kemenangan 3 – 2 walaupun satu masa ketinggalan dan beraksi dengan 10 pemain.

Rodgers membimbing Liverpool dari 2012 hingga 2015, dengan membawa kelab itu ke kedudukan terbaik EPL pada 2013 2014 di tempat kedua.

Beliau dipecat dari Liverpool pada 2015, dan kemudian mengambil alih Celtic pada 2016 dengan kejuaraan ‘treble’ bersama kelab tersebut musim lepas.

Beliau dijangka akan bersama Gary Neville pada hari ini.

ADMIN

Bertabahlah Carragher. YNWA.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman