Roma Menanti Pertembungan Dengan Liverpool Di Eropah Selama 34 Tahun

Mereka bersedia untuk melunaskan dendam kesumat apabila diundi bertemu Liverpool selama 34 tahun.

Pasukan Serie A itu akan menentang Liverpool terlebih dahulu di Anfield pada Selasa 24 April 2018 ( awal pagi Rabu waktu Malaysia ) dan perlawanan kedua akan berlangsung di Stadio Olimpico lapan hari kemudiannya.

Dan Liverpool pernah menewaskan Roma di tempat mereka sendiri untuk meraih trofi UCL keempat mereka di sana pada 1984.

Musim ini menyaksikan Roma bergerak lebih jauh dalam kempen Eropah musim ini, dengan layak ke Separuh Akhir setelah mengejutkan pasukan pilihan Barcelona sebelum itu.

Dengan Liverpool hanya akan beraksi dalam satu perlawanan liga menentang WBA, Roma pula terpaksa mengharungi 3 perlawanan pada minggu ini sebelum menentang Liverpool pada minggu seterusnya.

Dan pengurus Roma, Eusebio Di Francesco menyatakan penyokong Roma tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan antara kedua dua pasukan tersebut.

“Saya akan bercakap mengenai Liverpool kepada anak buah saya selepas mengharungi 3 perlawanan penting ini”.

“Penyokong kami menantikan perlawanan ini sejak 34 tahun lepas. Kami tidak sabar untuk menentang mereka, kami menghadapi pasukan kuat, bukan senang buat kami dan kami gembira dapat menentang mereka”.

Roma telah menentang Lazio semalam sebelum bertandang ke Genoa pada Rabu dan seterusnya menentang pasukan bawahan SPAL pada hujung minggu berikutnya.

ADMIN

Di Rome dan stadium yang sama, Liverpool telah menjulang Piala Eropah buat kali keempat menewaskan pasukan yang sama.

Ianya bakal menjadi perlawanan yang sukar.

Sumber : Liverpool Echo

Post Author: Mohd Nuruzzaman