Roy Keane : Liverpool Menang Dengan Pasukan ‘Lemah’, Masih Banyak Ujian Akan Datang

Roy Keane tidak merasa ‘kagum’ atau gembira dengan keputusan Liverpool membenam Spartak Moscow 7-0 dalam perlawanan terakhir Liga Juara Eropah.

Dalam masa yang sama, Roy Keane menyifatkan bahawa Liverpool masih tidak mengalahkan pasukan ‘lebih bagus’ dalam beberapa minggu ini.

Bekas pemain dan kapten Man Utd merasakan dan menganalisa sebelum ini dengan mengatakan bahawa dirinya tidak akan menonton pasukan Liverpool jika pun pasukan itu berada di taman perumahannya.

Baca : Saya Tidak Akan Menonton Pasukan Liverpool Jika pun Bermain Di Taman Perumahan Saya – Roy Keane

Roy Keane menyambung dan bernada ‘penafian’ setelah Liverpool berjaya mendapatkan kemenangan besar menentanG Spartak Moscow, seterusnya melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara Eropah sebagai Juara Kumpulan E.

“Secara terangnya, mereka menewaskan pasukan yang lebih lemah. Sama juga di Liga Perdana Inggeris. Tetapi mereka menewaskan pasukan yang ‘biasa’, di liga domestik atau di Eropah.” kata Roy Keane yang dijemput menjadi pundit ITV.

Roy Keane menambah bahawa banyak lagi cabaran pasukan yang lebih bagus pada masa akan datang.

“Cabaran terbesar belum sampai di Liverpool. Mereka memang berada dalam prestasi yang baik, tetapi Liverpool akan bertemu pasukan lebih bagus pada masa akan datang.”

Bekas Pemain Ireland memberi pujian agak ‘sinis’ dengan permainan yang dilakukan oleh Liverpool yang  bolehlah dikatakan dalam prestasi yang baik.

“Jika menyerang, anda mungkin suka melihat mereka. Tetapi mereka tidak akan diberikan masa dan ruang menentang pasukan lebih besar.”

Roy Keane memberi perbandingan apa yang boleh diekspetasi jika Liverpool menentang pasukan lebih kuat pada masa akan datang nanti.

Semudah itu. Jika anda berikan masa memegang bola, mereka akan menghukum anda (Liverpool). Tetapi mereka tidak akan mendapat masa dan ruang menentang pasukan lebih bagus.

Liverpool akan menentang naib johan dalam setiap kumpulan kecuali pasukan Chelsea dan Sevilla pada 3 Feb 2018 nanti.

Undian akan dilakukan pada 11 Dis 2017 nanti.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Related posts