Roy Keane : Liverpool & Spurs, Kedua Kelab Ini Amat Memalukan

Bekas lagenda Man Utd ini menempelak Liverpool dan Tottenham dengan mengatakan kedua ini amat memalukan.

Liverpool kini berada di tangga ketiga Liga Juara Eropah manakala Spurs kini berada di tangga kelima liga. Kedua kelab ini telah melalui pusingan pertama Liga Juara Eropah yang agak indah.

Liverpool berjaya membenam Porto di Portugal manakala Spurs berjaya mengikat Juventus di tempat lawan dengan kelebihan 2 gol di tempat lawan.

Namun, ianya tidak cukup untuk meredakan hati Roy Keane.

Roy Keane merasakan kejayaan terakhir Liverpool pada Piala Liga tahun 2012 adalah sesuatu yang memalukan bagi saiz kelab tersebut.

“Bagi kelab sebesar saiz Liverpool dan Tottenham, satu trofi dalam 10 tahun adalah satu perkara yang memalukan.”

Kemudian, Roy Keane memberi justifikasi mengapa dirinya ‘berani’ berkata sebegitu.

“Dalam Liga Juara Eropah yang dimilikinya sekarang, ianya mungkin melibatkan wang di belakangnya (Liga Juara Eropah). Tetapi untuk menjadi satu kelab yang besar, anda perlu menang banyak trofi”.

Roy Keane memberi pendapatnya tentang Spurs & Liverpool.

“Kelab yang saya cakapkan ini adalah Liverpool dan Spurs. Seharusnya perlu bersaing dalam Liga Juara Eropah dan layak. Perlu menang FA Cup atau Piala Liga. Sudah pasti mereka boleh menang FA Cup dan Piala Liga. Sepatutnya ianya berada di tangan mereka.”

Walaubagaimanapun, seorang lagi pundit Lee Dixon begitu berani untuk menafikan pandangan itu dan mengeksperesikan satu sudut pandangan yang lain.

“Walaupun Spus dan Liverpool menang FA Cup, disebabkan kuasa yang dimiliki di Liga Juara Eropah, mereka mesti dihargai juga bagaimana mereka konsisten dalam Liga Perdana Inggeris.”

Dalam masa yang sama, Lee Dixon memberi contoh tentang situasi Arsenal ketika ini.

“Wenger sentiasa mengatakan kami (sebagai peminat Arsenal), liga adalah 38 perlawanan. Walaupun Arsenal menang FA Cup dalam beberapa musim lepas, pada pendapat saya kelab ini semakin menurun. Kedua kelab ini (Liverpool dan Spurs), menjadi lebih baik dan meningkat. Di sebabkan itu mereka sekarang berada di atas.”

Roy Keane memberi pendapat setelah menjadi tetamu dalam rancangan siaran langsung bagi perlawanan Liga Juara Eropah membabitkan Spurs dan LIverpool.

Tidak pasti adakah sebarang kaitan yang besar dalam situasi Spurs & Liverpool dalam Liga Juara Eropah dengan jumlah trofi.

Tahniah kepada Lee Dixon, yang juga bekas pemain Arsenal yang berani memberi ‘contoh’ dan pandangannya terhadap Spurs serta Liverpool, kontradik dengan apa yang dilontarkan oleh Roy Keane.

Ditulis oleh: Mohd Zahari (Bos LMreds)

Untuk (klik): Sila Like Facebook Page 70k Likers Liverpool Malaysian Reds &  Layari Web Liverpool Malaysian Reds

Post Author: Bos LMreds