Sadio Mane Memberi Khabar Gembira Pada perlawanan Esok

Penyerang Sebegal ini dalam radar Jurgen Klopp yang ingin membuat perubahan pada aksi menentang Red Star Belgrade.

Sadio Mane dan Roberto Firmino bersedia untuk disatukan disamping Mohamed Salah untuk membantu meletakkan Liverpool kembali dalam trek di kempen Liga Juara-Juara.

Mane menganggap dirinya dalam keadaan cukup cergas untuk menjalani latihan penuh pasca perlawanan peringkat kumpulan menentang Red Star Belgrade.

Penyerang sayap tersebut terlepas kemenangan 1-0 keatas Huddersfield kerana mengalami pembedahan untuk memperbaiki ibu jari nya ketika menggalas tugas bersama Senegal awal minggu lalu.

Bos Liverpool itu mengakui keputusan untuk merehatkan Mane dimana Mane menyatakan beliau tidak cukup selesa untuk bermain.

Kini, penyerang Liverpool tersebut memberikan isyarat cergas untuk bermain menentang Red Star Belgrade yang bertandang ke Anfield bagi menebus kembali kekalahan kepada Napoli yang lalu.

Sementara itu, Firmino hanya menjadi pemain gantian dilewat perlawanan di Huddersfield dimana Klopp merehatkannya dibangku simpanan setelah tugas jarak jauh ketika mewakili Brazil pada rehat antarabangsa lalu.

Dalam ketiadaan rakan penyerang nya, Salah menjaringkan satu-satunya gol pada perlawanan di Stadium John Smith bagi mengakhiri kemarau jaringannya sepanjang empat perlawanan.

Bos Reds itu juga masih menanti kecergasan Jordan Henderson, yang dikeluarkan selepas mengadu mengalami hamstring dibahagian paha.

Naby Keita juga diketepikan atas masalah hamstring yang dialaminya.

Ditulis untuk : Liverpool Malaysian Reds
Sumber : ECHO

Post Author: Nazz Carra